in

Ibu Tunggal Anak 3 Dituduh Buat Laporan Polis Palsu, Dakwa Kena Rogol di Pusat Kuarantin

Ft Laporanpalsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita berstatus janda didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membuat laporan polis palsu. Tertuduh, Siti Nashurah Mat Daud, 26, yang juga merupakan ibu tunggal itu mendakwa dirinya telah dirogol seorang lelaki ketika sedang menjalani tempoh kuarantin Covid-19 di sebuah pusat kuarantin di Pengkalan Chepa, minggu lepas.


Kuarantin

Menurut Malaysiakini, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa. Mengikut pertuduhan, tertuduh:

  • Didakwa memberikan maklumat palsu bahawa dia dirogol oleh Mohamad Rizwan Abdullah, 34, kepada seorang anggota polis berpangkat koperal.
  • Didakwa berbuat sedemikian dengan niat agar tindakan dapat diambil terhadap lelaki itu.

Difahamkan, pada 1 Mei lepas kira-kira jam 5.58 petang, tertuduh telah hadir di kaunter Balai Polis Pengkalan Chepa bagi membuat laporan tersebut.

Lapor1

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Nik Nazriani Nik Ab Rahman, peguam yang mewakili tertuduh dilaporkan memohon agar anak guamnya dikenakan ikat jamin minimum kerana statusnya sebagai ibu tunggal dan perlu menyara tiga orang anak, lapor Berita Harian. Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Baca: “Sampai masuk penjara” – 6 Pekerja Kilang Didakwa Di Mahkamah Sebab Palsukan MC

Collage 60

Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.