in

Takut Kantoi Guna Duit Syarikat RM 3,766, Penolong Pengurus Lapor Polis Dakwa Kena Pukau

curi duit pukau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di alam pekerjaan, semua kerja yang diamanahkan perlulah dilalukan dengan telus dan jujur. Terbaru, seorang wanita berusia 22 tahun dipercayai telah menyalahgunakan wang syarikat untuk penggunaan peribadi, apabila takut terkantoi dia telah membuat satu laporan polis palsu.

Kes yang berlaku di Kulai itu berlaku apabila sejumlah RM 3,766 milik syarikat tersebut hilang dan wanita berkenaan membuat laporan polis keesokan harinya.


Dalam laporannya, wanita warga tempatan berjawatan penolong pengurus sebuah syarikat swasta itu mendakwa ada seorang warga emas memanggilnya ke satu lorong dan tidak tahu apa berlaku selepas itu.

pexels kindel media 7773268
Gambar Hiasan

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow, berkata wanita itu mendakwa hanya tersedar dalam keadaan terduduk di lokasi tersebut dan wang syarikat yang dibawanya untuk dimasukkan ke dalam bank sudah hilang.

“Dia mendakwa dipukau hingga kehilangan wang syarikat RM3,766. Namun, hasil siasatan mendapati keterangan diberikan wanita berkenaan meragukan sebelum dia mengaku membuat laporan polis kerana menggunakan wang syarikat untuk kegunaan peribadi.

Wanita berkenaan sebenarnya terpedaya dengan ‘scammer’ dan menggunakan wang syarikat untuk membayar scammer berkenaan. Dia membuat laporan polis kerana tidak mampu menggantikan wang syarikat,” katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berdasarkan Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Baca: Penganggur Lempar ‘Molotov Cocktail’ Dekat Bank Di Sibu Sebab Wang Simpanan Berkurang

Ft Lempar Molotov 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.