Zaman teknologi yang serba canggih ini sememangnya amat memudahkan penggunanya hanya dengan satu ‘klik’ sahaja dah boleh memesan barangan secara online hanya melalui telefon pintar.
Oleh itu ibu bapa sebaiknya memasang peranti keselamatan atau ‘unlock’ mana-mana aplikasi yang terkandung dalam handphone masing-masing supaya anak-anak kecil tidak dapat membukanya sewaktu diberi bermain handphone.
Seperti insiden yang tular di media sosial baru-baru ini, apabila si ibu ‘terkejut beruk’ apabila mengetahui anaknya secara tidak sengaja telah memesan pelbagai jenis makanan melalui aplikasi Food Panda.
Menerusi perkongsiannya di laman Facebook miliknya, wanita yang dikenali sebagai Sharifah Nur Adleen dari Khucing, Sarawak ini mendedahkan bahawa anak lelakinya yang berumur 4 tahun itu telah bermain handphone miliknya.
Anak tak sengaja order sampai 19 bungkus makanan
Anaknya itu kemudiannya secara tidak sengaja telah membuat beberapa pesanan makanan melalui aplikasi penghantaran makanan termasuklah 12 tomyam seafood, satu sup tulang lembu, dua kerabu daging dan empat sup daging!
Amboi, meriah lauk dia order.
Sekali harga pesanan mencecah RM226.76 sen
Dia yang terperanjat setelah rider Food Panda muncul di depan pintu rumah bersama 19 bungkusan makanan, terus tergamam apabila diberitahu bahawa segala pesanan makanan itu berjumlah RM226.76 sen!
Wanita itu tidak tahu bagaimana caranya untuk menjelaskan kepada rider itu akan kesilapan pesanan tersebut. Si ibu ‘pasrah’ apabila terpaksa juga membayar harga makanan itu gara-gara anaknya itu menggunakan perkhidmatan tunai semasa penghantaran (COD) ketika pesanan itu dibuat.
Sekiranya menggunakan perkhidmatan online banking, besar kemungkinan transaksi itu tidak dapat dilakukan kerana memerlukan kata laluan untuk mengakses akaun bank miliknya.
Alahai, ibu pula jadi mangsa.
Wanita itu turut berkongsi foto anaknya yang menjadi ‘dalang cilik’ dalam insiden ini. Tambah ibunya lagi, jangan mudah ‘terpedaya’ dengan rupanya yang comel, tetapi boleh buat 1001 hal yang memeningkan kepala si ibu!
Alahai nasib comel, takpe dimaafkan.
Menerusi postingannya itu, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati kepada nasib si ibu yang terpaksa bertanggungjawab dengan keletah ‘nakal’ si anak.
Tak kurang juga ada yang menasihati si ibu supaya memasang aplikasi ‘unlock application’ sebelum memberi anak kecil bermain dengan handphone.
“Nasib maknya ada cash” – Netizen
Seminggu si ibu gantung kuali. Asyik panaskan lauk tomyam je.
Baca: “Berderau jantung” – Wanita Panik Anak Saudara Order Makanan Guna Apps Harga Lebih RM1800!