Seorang ibu terkejut apabila menjumpai banyak duit kertas dalam beg sekolah anaknya, dan difahamkan jumlah keseluruhan berjumlah RM767.
Difahamkan, anak lelakinya yang berumur 13 tahun itu telah menyimpan duit harian yang berjumlah RM15 untuk perbelanjaan sekolah hasil pemberian ibunya itu.
Artikel berkaitan : “Duit lebih penting daripada ganjaran pahala” – Aktivis Wan Cai Persoal Solat Jenazah Turut Dikenakan Caj
Artikel berkaitan : Remaja Lari Rumah Kerana Takut Kena Ganti Duit Ibu Lepas Gagal Ujian B2
“Tempat simpanan anak saya, dia dapat duit poket sehari Rm15, jadi dia simpan je, dia bawa RM 767 ke sekolah setiap hari.”
Video tersebut memperlihatkan wanita yang dikenali sebagai Jeannie sedang selongkar beg anaknya di bahagian poket sisi, dan mengeluarkan duit kertas RM1, RM5, RM10 dan RM20 dan duit syiling.
View this post on Instagram
Hasil penemuan itu, Jeannie berhasrat untuk menyimpan duit ke dalam akaun bank anaknya di mana ia sekaligus mengajar anaknya cara-cara menguruskan perbelanjaan pada usia muda.
Berkata kepada WORLD OFF BUZZ, Jeannie rasa kagum dengan sikap menyimpan anaknya.
“Sejujurnya, saya agak terkejut! Saya tidak sangka dia menyimpan begitu banyak wang tunai di dalam begnya. Dia belum mahir dalam menguruskan wang, tapi sekurang-kurangnya dia menyimpan dan bukannya berbelanja!”
Sumber : Instagram
