Kanak-kanak memang biasa menangis dan merengek tetapi sebagai seorang ibu, mereka haruslah tahu mengawal dan memujuk anak yang sedang dalam keadaan sebegitu.
Namun seorang ibu dari Guangdong, China baru-baru ini menaikkan kemarahan netizen selepas videonya menendang anak kecilnya di bahagian belakang badan tersebar.
Video berdurasi 6 saat itu dirakam oleh seorang orang awam yang berada di tempat kejadian pada 24 Februari lalu kira-kira jam 3 petang.
Kanak-kanak itu yang memakai jaket berwarna merah jambu ditendang tanpa belas kasihan dari ibunya sambil menengking kerana menangis.
Meskipun terbaring di atas lantai dan menjerit kesakitan, wanita itu tetap terus menendang anaknya yang berusia satu tahun itu di atas lantai. Wanita itu kemudian mengangkat anaknya yang sedang meraung sebelum menjatuhkannya semula ke atas lantai.
Nak menangis lagi ke?!” tengking wanita itu kepada anaknya.
Video rakaman itu kemudian tersebar di internet dan dikongsi ramai netizen di media sosial. Netizen malah menggelar wanita itu kejam dan tidak berhati perut.
Menurut portal berita di China, wanita itu kemudian dikenal pasti bernama Chen berusia 27 tahun dari wilayah Hubei.
Ketika ditahan, Chen mengaku sejak kebelakangan ini dia kerap berada dalam tekanan dan tidak boleh mengawal emosi selain berkata menyesal berbuat sedemikian terhadap anaknya.
Kanak-kanak itu pula dilaporkan telah dibawa ke hospital dan selepas pemeriksaan dijalankan, doktor mengesahkan tiada kecederaan teruk dialaminya.
Polis kemudian memberi amaran keras kepada Chen sebelum membebaskannya.
Tonton video di bawah: