Semalam, kecoh di media sosial gambar yang memaparkan kenderaan Myvi yang sering mendapat jolokan sebagai ‘King of the Road’ dilihat telah melanggar beberapa buah kubur di sebuah tanah perkuburan.
https://twitter.com/jnmalaysia/status/1494210622556622849?s=21
Foto tersebut ternyata mendapat perhatian netizen yang kemudian mengeluarkan kata-kata sindiran dan kecaman terhadap pemandu kenderaan itu yang dikatakan cuai dan telah merosakkan kubur yang ada di situ.

“Ibu saya dalam keadaan hypo kerana hidap kencing manis”
Walau bagaimanapun, anak kepada pemandu kereta Myvi tersebut telah tampil dengan penjelasan yang mengatakan rupa-rupanya ibunya tidak sedarkan diri ketika kejadian berlaku.
Menurutnya, kemalangan itu berlaku disebabkan ibunya berada dalam keadaan hypo (kekurangan gula dalam darah) kerana menghidap penyakit kencing manis dan sedang berpuasa.

Secara tiba-tiba, ibunya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tertekan pedal minyak ketika ingin membuat pusingan U.
“Ibu saya masih dalam keadaan trauma dan bersedih di atas baru sahaja kehilangan suami tercinta akibat COVID 19. Mohon jasa baik semua untuk menghentikan viral ini.
“Kami sekeluarga berusaha untuk memberi semangat kepada ibu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, anak kepada pemandu ini juga memohon maaf kepada semua waris kubur yang telah rosak dan akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk membaik pulih kubur yang rosak kepada asal.
Harapnya mereka yang mengecam di ruang komen itu boleh hentikanlah ye. Kesian pulak mangsa dan anaknya ini kena hadap pelbagai kecaman.
Baca: [VIDEO] Pemandu Lori & Myvi Bertumbuk Dekat Jalan Ampang Akibat Perselisihan Faham

