in

Ibu Sedih Tengok Anak Yang Dulu Ceria Kini Terlantar Kerana Kerosakan Otak Akibat Influenza A

ft anak sakit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat anak kecil yang dulunya aktif dan ceria memanggil namanya, kini hanya mampu terlantar tanpa daya.

Selepas anak sulung kepada seorang suri rumah, Siti Nur Shafiqa Suraini, 31 iaitu Muhammad Aish Irfan Mohammad Hakeem, 3, terkena jangkitan Influenza A, anaknya kini mengalami Acute Necrotising Encephalopathy of Childhood (ANEC) sejenis kerosakan otak teruk.


Artikel berkaitan : Cucu Lelaki Buat ‘Projek’ Dengan Warga Asing, Dalam Rumah Nenek Yang Terlantar Uzur

Artikel berkaitan : Pernah Tular Terlantar Sakit Lepas Jatuh Dalam Kolam Renang, Adik Umar Meninggal Dunia

Sebelum ini aktif, petah, mampu sebut A hingga Z seawal 3 tahun

@doubleaish2223

Semoga dipermudahkan segala urusan rawatan anakku sentiasa 🤲🏻 #influenza #anecfighter #kesanvirusinfluenzaA #fyp #terlantar

♬ suara asli – srie_Kholiq92 – srie_Kholiq92

Jelas Shafiqa sebelum Muhammad Aish Irfan jatuh sakit, dia seorang kanak-kanak yang aktif dan petah, malah mampu menyebut huruf A hingga Z dan mengenali warna.

“Malam itu, sebelum tidur dia masih bermain dan minum susu seperti biasa. Tapi kira-kira jam 4.30 pagi, dia tiba-tiba menangis kuat, muntah dan suhu badannya naik mendadak hingga 39.8 darjah Celsius.”

“Kami terus bawa ke Hospital Melaka sebab dia dah lemah dan tak respon bila saya panggil.”

Mengimbau saat anaknya sakit, Shafiqa menjelaskan bahawa setibanya di jabatan kecemasan, suhu Muhammad Aish Irfan mencecah 41 darjah Celsius dan bacaan oksigen merosot hingga doktor menempatkannya di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Screenshot 2025 10 30 133548

“Hari pertama di PICU, oksigen masih tak stabil dan kaki dia tiba-tiba lemah. Selepas imbasan CT dan MRI, doktor sahkan otak Aish ada kerosakan akibat Influenza A.”

“Hari kedua, dia ditidurkan dan doktor minta kami bersedia untuk sebarang kemungkinan.”

Tambahnya lagi, Muhammad Aish Irfan bertarung nyawa di PICU selama sebulan sebelum keadaannya stabil.

Katanya, kesan daripada jangkitan tersebut telah meninggalkan impak besar apabila anak sulungnya itu kini hilang keupayaan untuk mengawal tubuh, malah dia tidak boleh bercakap, perlu minum susu melalui tiub dan disahkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal.

“Pakar maklumkan gelombang otak masih perlahan. Sekarang Aish cuma boleh tunjuk reaksi sedih atau gembira.”

“Setiap dua jam saya beri susu dan ubat ikut masa. Ayahnya pula yang dukung dan mandikan setiap hari.”

Menerusi Sinar Harian, Muhammad Aish Irfan merupakan anak sulung daripada 3 beradik yang kini sedang menjalani rawatan dengan 5 pakar termasuk neurologi, pediatrik, kulit dan penyakit berjangkit, selain empat jenis terapi iaitu fisioterapi, terapi bahasa, cara kerja dan rehabilitasi.

“Terapi fisioterapi di luar mencecah RM150 untuk 20 minit untuk sekali terapi, ada juga terapi di hospital kerajaan cuma dapat dua atau tiga bulan sekali. Kami ada dapat bantuan JKM RM500 untuk OKU terlantar, tetapi masih lagi tidak mencukupi untuk menampung kesemua kos rawatan dan pemulihan.”

“Semoga Muhammad Aish Irfan kembali pulih dan dapat merasa semula nikmat berjalan, bercakap dan ketawa seperti dulu.”

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh hubungi Siti Nur Shafiqa menerusi akaun TikTok @doubleaish2223.

Sumber : Sinar Harian, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.