in

Ibu Saman Sekolah RM2 Juta Lepas Anak Dibuli Sehingga Trauma

123 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah sekolah di Temerloh, Pahang disaman sebanyak RM2 Juta oleh seorang wanita untuk menuntut keadilan buat anaknya.


Menurut Zaiton Yusoff, 52, anak perempuannya yang berumur 16 tahun yang juga merupakan anak bongsu daripada 4 beradik telah mengalami kemurungan dan trauma melampau selepas insiden buli yang berlaku pada tahun lepas.

“Dia terpaksa berjumpa dengan pakar psikiatri dan pakar psikologi di hospital kerajaan pada setiap bulan dan telah mengambil ubat untuk mengatasi masalah emosi yang dialami”, ujar Zaiton.

Whatsapp Image 2020 06 27 At 5.36.22 Pm

Terpaksa pindah sekolah

Selepas insiden buli tersebut, Zaiton dan sekeluarga terpaksa berpindah ke Selangor untuk melupakan memori buruk anaknya di sekolah itu.

Sambung Zaiton lagi, anak perempuannya merupakan seorang yang bijak dan ceria di sekolah, sehinggalah dia dibuli oleh pelajar lelaki di sekolah tersebut.

Tuntut keadilan buat anak

Untuk menunut keadilan buat anaknya, mereka sekeluarga telah memfailkan saman kepada beberapa pihak yang terlibat dengan kes ini, termasuklah sekolah tersebut.

Semoga keadilan berpihak kepada mangsa dan diharapkan pelaku buli dikenakan tindakan yang sewajarnya. Hentikan buli!

Sumber: The Star

BACA: [VIDEO] Budak Jual Makanan Kena Buli Dengan Orang Naik Moto Buat Ramai Orang Menyirap Bila Tonton

Cats 11

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.