in

Ibu Bapa Zayn Rayyan Ditahan Bagi Membantu Siasatan, Disiasat Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Zayn Rayyan
Gambar Hiasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masihkah anda ingat dengan kes tentang pembunuhan adik Zayn Rayyan pada Disember tahun lalu? Semalam, ibu bapa kanak-kanak autisme tersebut telah ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan.

Zayn Rayyan

Memetik laporan Harian Metro, kedua-dua ibu bapa Zayn itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu disyaki membunuh.


Menurut Datuk Hussein Omar Khan iaitu Ketua Polis Selangor, kedua-dua suspek itu ditahan di Puncak Alam pagi semalam.

Artikel berkaitan: “Rindunya mommy dekat abang” – Kongsi Gambar Ziarah Kubur, Ibu Zayn Rayyan Luah Rasa Rindu

Artikel Berkaitan: “Allah gerakkan hati” – Penduduk Kongsi Penemuan Jasad Zayn Rayyan Selepas 3 Kali Cari Di Lokasi Sama

Penahanan kedua-dua suspek itu difahamkan dilakukan kerana pihak polis telah menemui  beberapa petunjuk baru, lapor Malaysia Kini.

2
Gambar sekadar hiasan

Untuk rekod, Zayn Rayyan yang berusia 6 tahun pada ketika kejadian tesebut telah ditemui mati di anak sungai berdekatan rumahnya di Damansara Damai pada awal Disember tahun lalu.

Kanak-kanak itu dipercayai telah dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat.

Penahanan pasangan suami isteri tersebut juga telah mengejutkan orang ramai yang mengikuti perkembangan kes Zayn Rayyan itu.

Sumber: Malaysia Kini, Harian Metro 

Sumber: Sinar Harian
Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.