in

Ibu Bapa Berang Dihalau Keluar Dari Pesawat Lepas Anak Umur 2 Tahun Tak Pakai Mask Sebab Tengah Makan

Tak Pakai Mask

Sejak pandemik COVID 19 melanda dunia, pemakaian pelitup muka atau mask telah diwajibkan di semua tempat awam termasuklah di dalam pengangkutan awam di darat mahupun udara.

Malah peraturan ini juga bukan saja tegas dijalankan di negara kita, negara lain pun mengamalkan SOP yang hampir sama.

Walau bagaimanapun, dek kerana peraturan ini, satu penerbangan di Amerika Syarikat terpaksa ditunda selama dua jam selepas wujudnya pergaduhan antara sebuah keluarga dan pramugari kerana kanak-kanak berusia dua tahun dikatakan tidak memakai pelitup muka.

Gaduh

Menerusi video yang viral di Twitter portal berita Breaking911, kelihatan seorang pramugari syarikat penerbangan Spirit Airlines dari Orlando ke Atlantic City meminta satu keluarga yang terdiri daripada empat orang untuk turun dari pesawat kerana enggan mengikuti SOP yang ditetapkan.

Pasangan suami tersebut dilihat memakai pelitup muka dan mempersoal apa kesalahan mereka. Pramugari itu kemudian menunjukkan ke arah anak mereka yang berusia dua tahun tidak memakai mask kerana sedang makan di pangkuan ibunya yang hamil 7 bulan.

Tapi kami memakai pelitup muka!” kata salah seorang ibu bapa kanak-kanak tersebut.

“Dia tidak memakai pelitup muka,” kata pramugari itu.

“Siapa? Bayi ini?” tanya si ibu.

“Ya,” jawab pramugari.

Pertikaian antara keluarga tersebut dan pramugari berkenaan juga mendapat perhatian penumpang lain di dalam penerbangan tersebut yang mengatakan ada ramai kanak-kanak lain yang dilihat tidak memakai mask ketika dalam pesawat tersebut.

Walau bagaimanapun, selepas video tersebut viral di media sosial, pihak syarikat penerbangan terbabit ada mengeluarkan kenyataan yang mengatakan laporan media tidak benar mengenai hal tersebut.

Namun sejurus itu, tweet berkenaan telah dipadam Spirit Airlines.

Eypimytxaaictme 1

Pun begitu, laporan media juga ada memberitahu selepas sejam penerbangan tersebut ditunda, keluarga yang diarah keluar tadi telah dibenarkan untuk meneruskan penerbangan mereka.

Manakala pramugari yang menyebabkan kekecohan itu pula tidak dibenarkan menaiki pesawat tersebut.

Macam-macam lah kan. Harap tak jadilah isu macam ni di Malaysia. 

Baca: “Tak pakai mask ya, kebal virus ke kak?” – Jenama Baju Lokal Dikecam, Buat ‘Fashion Show’ Raya Tak Follow SOP?

Fashun

Sumber: Twitter
Sumber: Breaking911