in

Ibu & Anak 4 Tahun Terjatuh Dalam Lubang Besar Lepas Kereta Terlanggar Penghadang Di Setiawangsa

Collage 69

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemalangan jalan raya memang boleh berlaku pada bila-bila masa. Sebab tu, bila memandu kita perlu lebih berhati-hati dan memberikan tumpuan sepenuhnya ke atas pemanduan. Silap sikit pun boleh membahanyakan.

Macam apa yang berlaku pada awal pagi semalam apabila seorang wanita berusia 32 tahun sedang memandu di Jalan AU3 Setiawangsa bersama anak lelakinya yang berusia 4 tahun pada jam 7.30am menghala ke Ampang.


Ketika dalam perjalanan, wanita yang memandu pada lorong kiri ini telah melanggar penghadang jalan (water barrier) yang diletakkan untuk menutup lubang besar yang digunakan untuk membaik pulih kabel bawah tanah.

Gambar dan video dari insiden ini telah tular di media sosial dan salah satu video menunjukkan orang awam bergegas ke tempat kemalangan bagi membantu ibu dan anak ini keluar dari kenderaan yang telah pun memasuki lubang besar tersebut.

https://www.facebook.com/PolisKL/posts/pfbid035gWxtokNjHwNYUNSnmmfzXq89FvgXViSoYVBXusSUu8QCJ2MWRka8CnCai2Vm4Jnl

Kedua-dua ibu dan anak ini bagaimanapun sempat diselamatkan dan tak mengalami apa-apa kecederaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, kereta mangsa tersebut telah pun dikeluarkan dari kawasan tersebut dan kini kes ini sedang di bawah Seksyen RULE 10 LN 166/59 tertidur semasa memandu kenderaan atau lalai mengawal pergerakan kenderaan dengan baik.

Alhamdulillah nasib baik tak ada apa-apa kecederaan…

 

Baca: “Truly Unsung Heroes” – Kemalangan Di Tambak Johor, Ramai Kagum Lihat Orang Awam Bantu Polis Trafik

Plstrk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.