in

“Siap simpan motor dalam rumah, taknak kantoi” – Isteri Ditangkap Khalwat Dengan Lelaki Lain di Rumah Ketika Suami Dalam Penjara

Ft Isterionar

Ketika suaminya sedang menjalani hukuman penjara, wanita ini ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) selepas disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki lain di sebuah rumah.

Menurut Harian Metro, kedua-dua mereka ditahan pada jam 3 pagi semalam di rumah yang disewa oleh suami wanita itu di Sintok, Kubang Pasu. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam berkenaan kegiatan pasangan itu.

Khalwat1

 

Sorok motor dalam rumah

Ketika kejadian, pasukan anggota JAIK itu mengetuk pintu dan memberi salam sebelum dibuka wanita berusia 32 tahun berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati tiga kanak-kanak berusia tiga hingga 13 tahun dipercayai anak wanita itu berada dalam bilik berasingan di rumah berkenaan.”

Wanita dan lelaki itu kemudian ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen menunjukkan mereka pasangan suami isteri atau mahram yang sah.”

Malah, pemeriksaan juga mendapati motosikal lelaki berusia 30 tahun itu diletakkan di dalam rumah berkenaan untuk mengelak dikesan.”

Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk dibuat laporan tangkapan dan diberi notis supaya hadir semula ke pejabat agama untuk diambil keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Baca: Ditangkap Khalwat Dalam Kereta Dengan Suami Orang, Wanita Bagi Alasan Tengah Makan Sate

Feat3 5

Sumber: Harian Metro