Satu pendedahan mengejutkan telah dibuat oleh aktivis dakwah terkenal, Firdaus Wong, mengenai individu yang tular sebelum ini kerana tindakan menghina Al-Quran, iaitu Ryan Vikneswaran.
Menerusi hantaran terbaru di media sosial, Firdaus mendedahkan bahawa hubungan komunikasi antara beliau dan Ryan sebenarnya telah bermula jauh lebih awal daripada apa yang disangkakan oleh orang ramai.
Artikel berkaitan: Tular Lagi Video Individu Pij*k Al-Quran, MCMC Sahkan Ia Video Lama & Pelaku Warga Singapura
Artikel berkaitan: Firdaus Wong Ditegur Kongsi Cara Remaja Bawah Umur Masuk Islam Secara Senyap-senyap
View this post on Instagram
Menurut Firdaus, Ryan mula menghubungi beliau menerusi aplikasi WhatsApp pada 19 Jun 2024. Apa yang menarik perhatian adalah kesungguhan individu tersebut untuk mendalami agama Islam. Pendakwah itu berkongsi pada 15 September 2024, Ryan sanggup datang dari Kuantan ke Bukit Bintang semata-mata untuk bertemu Firdaus Wong dan pulang semula ke Kuantan pada hari yang sama.
Dalam perbualan mereka, Ryan menunjukkan minat yang mendalam sehingga bertanya soalan-soalan teknikal mengenai perbezaan mazhab dalam Islam.
Walaupun mendedahkan sisi lain individu ini yang berminat terhadap Islam, Firdaus Wong menegaskan bahawa prinsipnya tetap konsisten dan tidak akan berubah. Beliau menjelaskan bahawa perkongsian ini bukanlah bertujuan untuk ‘mensucikan’ perbuatan menghina tersebut.
“Sama ada dia Muslim atau Belum Muslim, dia harus bertanggungjawab serta menerima hukuman di atas perbuatannya,” katanya.
Firdaus turut memaklumkan bahawa beliau akan berkongsi perincian mengenai bagaimana dan bila Ryan memeluk Islam pada hari ini, 3 Mac 2026, jam 5.30 petang.
Pendedahan ini dibuat bagi menjawab persoalan warga maya yang tertanya-tanya mengapa hantaran mengenai status Ryan ini hanya dibuat selepas seminggu isu tersebut tular.
Sumber: Instagram
