Berikutan tularnya satu video luahan cinta daripada seorang wanita terhadap pencipta kandungan, Ammar Nazhan pada 2 hari lepas, ia membuatkan YouTuber tersebut tampil membuat kenyataan terbuka dan sekaligus memohon maaf kepada buah hatinya iaitu Elya.
Ammar menerusi video itu menegaskan bahawa apa yang diperkatakan oleh wanita tersebut adalah fitnah. Jelasnya, video yang memaparkan imejnya itu telah disunting.
Artikel berkaitan : “Saya takkan pilih orang lain selain awak” – Wanita Dakwa Ditinggalkan Ammar Nazhan Luah Rasa Masih Sayang & Setia Menunggunya
Artikel berkaitan : Pempengaruh Ammar Nazhan Bakal Bergelar Suami, Tular Gambar Merisik Kekasih
Imej disunting
Tegas Ammar, imejnya telah disunting dalam kepada gambar dan video berkenaan. Jelasnya lagi, mungkin dia pernah bersua dengan wanita tersebut tetapi tidak mengenalinya dengan lebih dekat.
“Saya memang serius untuk merisik dengan Elya, saya harap korang faham yang video itu tidak betul.”
@amnazhan Saya tak kenal si dia , dan video tu adalah tuduhan tak berasas. I mintak maaf elya 😔
Di samping itu, Ammar juga memohon kepada wanita tersebut untuk memadam perkongsiannya kerana dia tiada kena mengena dengan wanita itu. Ammar juga turut membuat video permohonan maaf terhadap Elya jika berlaku salah faham di antara mereka.
Sebelum ini, tular satu video daripada seorang wanita mendakwa dia merupakan kekasih Ammar dan ditinggalkan selepas pemuda berusia 29 tahun itu mula popular. Wanita tersebut berharap agar Ammar kembali kepadanya dan memohon agar hubungan cinta mereka kembali terjalin.
Sumber : TikTok
