The Hungry Ghost Festival atau Festival Hantu Lapar merupakan upacara yang disambut pada bulan ke-7 mengikut kalendar lunar. Ia disambut oleh Cina beragama Buddha dan Taois di mana mereka percaya ketika ini pintu neraka atau gates of hell telah dibuka dan hantu-hantu lapar dibenarkan untuk merayau dengan bebas.
Bagi orang cina, bulan hantu ini merupakan perayaan suci untuk mereka berhubung semula dengan orang yang telah tiada.
Asal usul The Hungry Ghost Festival
Festival Hantu Lapar ini dikatakan bermula dari Mu Lian, seorang murid Buddha. Ibunya adalah salah seorang dari hantu lapar dan Buddha telah mengajarnya cara untuk membuat pemberian melalui makanan dan doa.
Aktiviti ketika festival ini
Ada beberapa perkara yang orang Cina lakukan ketika Festival Hantu Lapar ini, bagi orang Malaysia dan Singapura, mereka akan membuat upacara pemberian pada hari pertama, hari ke-15 dan hari terakhir bulan hantu. Mereka akan membakar pemberian mereka ini di dalam satu tong khas.
Amalan ini akan dibuat secara berterusan pada bulan hantu ini bagi memastikan hantu-hantu yang berkeliaran akan ada benda untuk dimakan. Dengan cara ini, hantu-hantu ini tak perlu lagi untuk masuk ke rumah dan curi makanan.
Persediaan untuk The Hungry Ghost Festival
Selain berhati-hati sepanjang bulan hantu ini, ada juga beberapa perkara yang dibuat ketika bulan ini. Seperti menyediakan tiga makanan sepanjang hari, membakar colok untuk menjemput hantu-hantu lapar ini menjamah makanan.
Ada juga orang yang makan bersama dengan hantu dan bincangkan apa yang berlaku dalam kehidupan mereka sekarang untuk mendapatkan nasihat serta membakar kertas joss.
Kertas joss ini dipanggil sebagai duit hantu, ia membenarkan orang-orang yang dah mati untuk mendapat bantuan kewangan dari orang yang masih hidup. Ada juga yang akan membakar barang-barang mewah untuk dijadikan pemberikan kepada hantu-hantu lapar ini.
Perkara yang perlu dibuat dan tak boleh dibuat sepanjang bulan hantu
Berkelakuan baik dengan serangga
Menurut kepercayaan orang Cina, ketika bulan ini, manusia perlu berbuat baik dengan binatang-binatang kecil. Ini kerana, mungkin ada antara serangga ini merupakan nenek moyang yang datang untuk melawat.
Jangan beli kereta atau rumah
Ada yang percaya, hantu-hantu lapar ini boleh cemburu dengan apa yang orang masih hidup ada. Jika dorang nampak orang beli kereta atau rumah, mereka mungkin akan menyerang kerana cemburu.
Jangan sentuh atau langkah pemberian di tepi jalan
Ini merupakan peraturan yang penting ketika bulan hantu. Jika korang tersalah langkah dan terlanggar pemberian yang diletakkan di tepi jalan, korang kena cepat-cepat minta maaf.
Jangan tengok bawah altar sembahyang
Ini kerana, mungkin ada hantu yang sedang makan di bawah altar ketika pengikut sedang sembahyang. Macam manusia, kalau tengah makan orang kacau mesti marahkan? Samalah dengan hantu jugak.
Jangan duduk depan sekali ketika tengok persembahan
Sepanjang bulan hantu ini, ada beberapa perrsembahan yang akan dibuat. Ia dinamakan Getai, di mana mereka akan menghiburkan hantu yang melawat dengan persembahan opera Cina. Ketika persembahan ini dibuat, barisan kerusi di bahagian hadapan akan dibiarkan kosong sebagai tempat duduk hantu.
Jangan pakai baju hitam atau merah
Menurut cerita lagenda, warna hitam dan merah adalah warna yang akan menarik perhatian orang yang dah mati. Mereka juga katakan, kalau baju dibiarkan berjemur pada waktu malam, hantu lapar ini mungkin akan cuba untuk pakai baju tersebut dan masuk ke dalam rumah.
Elakkan aktiviti melibatkan air
Dipercayai, beberapa hantu lapar ini mati disebabkan lemas dan mahukan orang yang masih hidup untuk mengambil tempat mereka. Jadi jika bertembung dengan hantu lapar ketika berenang di dalam kolam, sungai, tasik atau laut, korang mungkin tak dapat diselamatkan.
Jangan sentuh bahu orang
Ada yang percaya, menyentuh bahu atau kepala akan menyebabkan api yang mengelilingi seseorang itu terpadam. Ini akan menyebabkan mereka terdedah kepada hantu ekoran yin dan yang yang tak seimbang.
Elak keluar waktu malam
Tenaga yin dari bulan akan membuatkan hantu lebih kuat pada waktu malam. Ini akan memudahkan mereka untuk menyerang manusia. Wanita mengandung dan kanak-kanak perlu duduk di dalam rumah kerana hantu sukakan golongan ini.
Jangan angkat atau tegur benda pelik
Kalau korang tiba-tiba terjumpa benda yang pelik dan tak sepatutnya ada di jalan atau dengan suara halus memanggil nama korang atau terhidu bau pelik, korang kena buat-buat tak tahu. Ini kerana, hantu lapar ini telah meletakkan perangkap sebagai cara untuk mereka merasuk manusia.
Sumber: FACTS
Baca: Dah Masuk Bulan Hantu? Ini 11 Pantang Larang Orang Cina Sepanjang ‘Ghost Month’