in

“Hukum penjara. Minah tu tak serik” – Ulang Kesalahan Sama, Peguam Gesa Neelofa & Suami Dihukum Penjara

ft lopakpenjara

Hangat diperkatakan di media sosial tentang Neelofa dan suami, PU Riz yang didakwa merentas negeri untuk berkunjung ke sebuah kedai menjual karpet di Nilai 3, Seremban.

Perkara itu mula tular selepas pekerja kedai karpet itu memuat naik beberapa gambar di posting Facebook menunjukkan pasangan suami isteri itu membeli-belah di kedai berkenaan.

Terima kasih Neelofa dan Haris Ismail belanja ke Na**m Carpet, Nilai 3 hari ini. Thanks.”

Ramai netizen berasa marah dengan tindakan Neelofa dan Pu Riz jika memang benar mereka berdua dapat merentas negeri hanya untuk membeli belah di sana. Apatah lagi, sejak kebelakangan ini banyak kisah tentang rakyat tidak diberikan kebenaran rentas negeri bagi tujuan lebih penting.

lopa

Isu itu turut mendapat perhatian aktivis dan peguam Asiah Abd Jalil yang menggesa tindakan undang-undang lebih tegas ke atas pasangan itu kerana mengulangi kesalahan yang sama. Melalui Facebook, Asiah menyatakan pendapatnya bahawa Neelofa dan PU Riz tidak sesuai lagi dikenakan tindakan kompaun sahaja.

Kesalahan berikutnya mungkin dah tak sesuai nak kompaun. Neelofa dan laki lebai dia tu perlu didakwa di mahkamah dan dihukum penjara.”

Minah tu tak serik. Betul ke mak dia rasa sejuk masa mengandungkan dia?”

https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/4114517038610403

 

Melalui satu posting yang lain, Asiah turut memberi gambaran ‘plot’ yang sudah dapat diagak olehnya tentang apa yang bakal dilakukan usahawan popular itu berdasarkan pengalaman sebelum ini. Katanya, meskipun dikecam teruk satu Malaysia, Neelofa dikatakan bakal memuat naik posting hadis di media sosial atau mempromosikan produk barunya.

https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/4114610361934404

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pasangan tersebut telah dipanggil dan memberi keterangan selama empat jam di  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai sejak jam 2.30 petang, semalam.

Menurut Berita Harian, keterangan pemilik premis serta pembantu kedai karpet turut dirakamkan. Kertas siasatan bakal dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan dikemas kini.

 

Baca: “Dah alang-alang nak berniqab satu badan tu sekali media sosial awak” – Pesanan ‘Makan Dalam’ Shahrulezad Buat Lofa

lofaijat

Sumber: Twitter