Viral sebelum ini kerana buat majlis perkahwinan kerana tak ikut SOP, rentas negeri dan kini Neelofa sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila FMT melaporkan bahawa dia bersama suami Haris Ismail dikatakan rentas negeri ke Nilai 3 untuk membeli karpet.
Disebabkan itu, ia sekali lagi mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak terhadap tindakannya itu, pengarah drama bersiri Nur, Shahrulezad Mohammedin kali ini ada memberikan nasihat pedas buat Neelofa menerusi Facebook.
“Ko gi gatal sangat upload video kat story tu pastu ko delete tu dah kenapa dik?”
Menurut Shahrulezad, dia mengatakan bahawa Neelofa seperti mahukan perhatian dan sengaja cari masalah, katanya Neelofa sepatutnya tidak patut muat naik apa-apa aktiviti yang menjadi satu sensitiviti netizen sekarang ke media sosial.
“Sikit punya banyak kedai karpet kat KL tu yg kau gigih merentas sampai ke Nilai tu dah kenapa Lofa. Tu satu hal la. Ikut dia la kan nak beli karpet sampai ke Zimbabwe sekali pun. Cuma yg ko gi gatal sangat upload video kat story tu pastu ko delete tu dah kenapa dik?.”
“Dah alang alang nak berniqab satu badan tu awak ‘niqab’lah sekali media sosial awak tu. Back off a bit.”
Dalam pada itu, Shahrulezad memberikan nasihat kepada Neelofa agar berehat sebentar daripada media sosial untuk elakkan diri daripada diherdik dan dimarahi oleh netizen memandangkan kita sekarang sedang berpuasa.
Kata Shahrulezad lagi, tujuannya membuat kenyataan secara terbuka ini bukanlah untuk hendak membenci dan mengecam sesuka hati, tetapi untuk elakkan manusia daripada melakukan perkara-perkara yang tak bernilai di bulan puasa ini.
“Imej-imej seperti ini sepatutnya disayangi ramai bukannya semakin dibenci disebabkan telatah sebegini. Pas satu satu perangai kau buat. Abam kesian tempiasnya turut terkena pada golongan niqabist yg lain. Apatah lagi pada golongan artis yg sememangnya di pandang serong sokmo turut rasa panas yg sama.”
Sorry Lofa this time around I need to voice out too sbb dah too much kot. Just stay away from social media a bit dik. People are looking up to both of you now.”
Berharap agar nasihat ini dapat membuatkan Neelofa agar lebih berhati-hati, Shahrulezad juga mengajukan nasihat ini kepada rakan-rakan artis yang lain agar tidak terlalu ghairah menayang diri jika dapat peluang merentas negeri.
“Tak yah ler nak share bagai segala tok nenek benda kat medsos korang. Setakat beli karpet jer pun. Netizen bukannya suka sbb most of netizen tak der dapat privileges yg sama macam korang yg boleh sewenang wenangnya merentas sana sini atas title celebrity. Please don’t trigger public anger. Peace.”
https://www.facebook.com/shahrulezad/posts/10158391969627815?comment_id=10158392125517815¬if_id=1620002371255931¬if_t=comment_mention&ref=notif
Sebelum ini, Neelofa telah dikenakan kompaun sebanyak RM 20 ribu sementara suaminya Haris Ismail dikenakan RM 10 ribu kerana melanggap SOP.
Baca : TERKINI: Langgar SOP Majlis Kahwin & Rentas Negeri, Neelofa Dikompaun RM20,000