in

“Hukum nama anak dengan nama malaikat harus kecuali…” – Nama Anak Fatin Afeefa Menjadi Topik Perbahasan Netizen

Anak Fatin Afeefa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pelakon Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang telah mendedahkan wajah dan nama anak lelaki mereka di sebuah majis aqiqah.

Mereka menamakan anak mereka Muhammad Jibril, biarpun ramai yang gembira melihat bayi comel itu, bagaimanapun ada yang dilihat cuba mempersoalkan pilihan nama yang diberi.


Artikel berkaitan : “Saya nak jadi muslim lebih baik” – Fatin Afeefa Akur Pemintaan Suami, Undur Diri Daripada Dunia Lakonan

Artikel berkaitan : Kes Hadanah Interim Selesai, Fatin Afeefa Dapat Hak Penjagaan Sementara Anak Perempuan

Screenshot 2024 10 08 160743

 

Ini kerana pilihan nama tersebut menyamai nama malaikat, berpandukan daripada kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan adalah harus hukumnya jika menamakan anak dengan nama para malaikat kecuali nama yang sinonim dengan Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil di mana hukumnya makruh.

Riwayat Imam al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir (5/35) dan Imam al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (8268). Menurut Imam al-Bukhari dan Imam al-Baihaqi, terdapat sedikit perbincangan pada isnadnya. Syeikh al-Albani mengkategorikannya sebagai hadith yang teramat lemah (dha’if jiddan). (Rujuk Tuhfah al-Maulud, hlm. 119-120)

Imam al-Munawi turut menggunakan hadith ini dalam menyokong pandangan yang memakruhkan penamaan anak dengan nama malaikat. (Rujuk Faidh al-Qadir Syarh al-Jami’ al-Saghir 4/113)

Menurut pandangan kami, mengambil kira larangan bersifat makruh oleh sebahagian ulama daripada menggunakan nama-nama khusus bagi malaikat seperti Jibril dan Mikail, maka kami juga berpandangan bahawa nama-nama tersebut adalah khusus bagi malaikat dan makruh untuk kita menggunakannya. Lebih-lebih lagi kita dapati tiada dalam kalangan para sahabat R.Anhum yang menggunakan nama tersebut.

Adapun bagi nama-nama seperti Malik, hukumnya adalah jelas akan keharusannya, dan kerana itu kita dapati sekian ramai para ulama yang menggunakan nama tersebut seperti Imam Malik bin Anas dan sebagainya.

Untuk fahaman yang lebih jelas boleh rujuk kenyataan ini.

Bagaimanapun, ada nama-nama lain bagi malaikat yang turut biasa digunakan oleh orang ramai seperti Malik dan Ridhwan dan ianya tidak makhruh.

Dengan perkongsian ini, ia menjadi topik perbahasan netizen, bagi mereka ia tidak menjadi isu kerana di Malaysia kita berpandukan Imam Syafie.

Menurut netizen, isu yang dibahaskan ini bukanlah untuk mewujudkan sebarang pertikaian tetapi hanya sekadar info yang mahu dikongsi, buktinya ada netizen yang ingin memberikan nama anak mereka Mikail tetapi baru ambil cakna setelah melihat perkongsian ini.

Screenshot 2024 10 08 161338 Screenshot 2024 10 08 161428 Screenshot 2024 10 08 161502 Screenshot 2024 10 08 161522

Pendek kata, tak haram pun, cuma tak digalakkan dan andaikata dah terbagi nama, tak perlu dikusutkan.

Sumber : X, Pejabat Mufti WP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.