Kalau kita buka saja media sosial sebagai contoh TikTok, pasti kita akan temui pelbagai jenis video yang menyebarkan informasi tak kiralah tentang isu semasa, kesihatan, sains dan gosip.
Namun kita diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam menerima sebarang info melalui media sosial sebab tak semua daripadanya asli dan benar.
Hubungan intim 7 kali seminggu boleh elak risiko kanser?
Menurut mStar, baru-baru ini tular di TikTok sebuah video yang memaparkan seorang wanita berkongsi info mengenai kebaikan melakukan hubungan intim dari segi kesihatan.
Menerusi video itu, wanita berkenaan memberitahu yang lebih kerap satu pasangan itu melakukan hubungan intim, lebih banyak manfaat yang mereka dapati seperti dapat hilangkan stress (1 kali), meningkatkan imuniti badan (2 kali), membakar lemak (3 kali) dan menyihatkan badan (4 kali).
Sekiranya pasangan itu melakukan hubungan intim 7 kali seminggu, mereka katanya dapat mengurangkan risiko kanser.
Wanita berkenaan yang mendakwa dirinya sebagai ‘pakar hamil’ dikatakan menjual produk set kesuburan suami isteri yang didakwa dapat tingkatkan peluang untuk hamil, siap tawar kereta sorong free jika penggunanya berjaya hamil.
“Kalau nak jual barang, mesti pakai stetoskop ke?”
Selain mendapat perhatian netizen, video berkenaan juga mendapat reaksi Dr Sakinah Sulong, Pakar Perubatan Keluarga di Medical Mythbuster Malaysia yang berpendapat video tersebut dibuat hanya untuk melariskan produk.
Tambahnya lagi, ayat-ayat yang digunakan dalam video tersebut juga sekadar gimik semata-mata kerana tiada kajian yang mengatakan hubungan intim mampu kurangkan risiko kanser.
Kami doktor yang dok tengok pesakit, tak pernah nasihat macam ini. Nak kurangkan risiko kanser, antara lainnya elakkan merokok (aktif mahupun pasif), kurangkan makanan yang diproses dan daging merah, hindari obesiti, cegah diabetes, breastfeeding, ambik vaksin bagi HPV dan hepatitis.
“Tak pernah dinasihatkan agar melakukan hubungan intim 7 kali seminggu. Kalau nak jual barang, mesti pakai stetoskop ke?” tulisnya di Facebook.
https://www.facebook.com/818242416/posts/10160081933537417/?d=n
Hasil carian penulis mendapati video berkenaan tidak lagi ditemui di TikTok. Tidak dapat juga dipastikan sama ada wanita di dalam video itu merupakan seorang doktor ataupun usahawan produk kesuburan.
Berhati-hatilah bagi korang yang ambil tips dan info dari media sosial. Pastikan sahih dan individu itupun doktor yang benar.