in

“Hotel bergoyang ke kiri kanan” – Heliza Helmi Kongsi Detik Cemas Alami Gempa Bumi Di Bali

Heliza Gempa Bumi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi dan aktivitis kemanusiaan, Datin Sri Heliza Helmi berkongsi detik cemas susulan gempa bumi yang berlaku di Kalimantan Selatan, Indonesia, awal pagi tadi.


Heliza atau mesra dengan panggilan Kakja memaklumkan kejadian berlaku ketika dia sedang tidur di dalam bilik hotel tempat dia menginap, menerusi hantaran terkini di Instagram.

“Kakja tiba-tiba tersedar dari lena asbab daripada penginapan yang kami menginap bergoyang kuat.

“Mula mula Kakja blur, apa yang sedang berlaku, tapi hotel bergoyang-goyang ke kiri ke kanan, dan gegaran tu agak lama sampai pintu-pintu semua berbunyi!,” ujarnya.

Heliza Suami Duda 1392X980 1

Ketika kejadian, Heliza berkata, dia sempat mendapatkan makluman daripada pengurusan hotel dan mendapati gegaran tersebut disebabkan gempa bumi selepas mencari maklumat di internet.

“Perkara pertama terus capai apa jubah semua untuk tutup aurat dengan sempurna sebab tak tahu apa berlaku.

“Lepas tu, telefon hotel tanya. Depa beritahu ada gempa bumi! Innalilahi wainna ilaihi rojiun.

“Selepas beberapa minit Google, sohih, memang berlaku gempa bumi,” katanya.

Dalam pada itu, Heliza yang turut ditemani suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, meminta orang ramai mendoakan keadaan di sana kembali seperti sedia kala.

Menurut laporan, gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter dan sebilangan gempa susulan menggegarkan Bali serta beberapa pulau lain di Indonesia hari ini.

Gempa itu berlaku pada kedalaman 515 kilometer di perairan timur laut Bali pukul 3.55 pagi (waktu tempatan) dan gegaran dapat dirasakan di seluruh Bali serta pulau-pulau berdekatan termasuk Lombok dan Sumbawa.

Menurut penduduk, gempa kedua mengakibatkan gegaran lebih lama dan lebih kuat berbanding yang pertama namun tidak mencetuskan kerosakan besar.

Semoga semuanya selamat.

Baca: Malaysia Tidak Lagi Bebas Risiko Gempa Bumi – KetSA
Gempa Bumi Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.