in

“Hon tapi tak endah” – Driver KKM Didakwa ‘Reverse’ Langgar Kereta Orang Awam?

Syaz Ft 2024 09 30T155400.725

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja, namun ada sesetengah kemalangan yang kita boleh lihat ia seperti disengajakan.

Baru-baru ini, tular di aplikasi X sebuah video yang memaparkan tindakan luar jangkaan oleh kenderaan yang difahamkan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Artikel berkaitan: Jenama Aiskrim Akur Arahan KKM, Hentikan Penjualan Aiskrim Berperisa Ubat Batuk Serta-merta

Artikel berkaitan: “Terpisah dari keluarga” –  KKM Kenal Pasti Kanak-kanak GISBH Berdepan Masalah Kesihatan Mental

Kenderaan tersebut dilihat mengundur dengan sangat laju meskipun sudah dibunyikan hon berkali-kali oleh kenderaan yang berada di belakangnya.

Menurut hantaran @SungaiPetani1 itu, kejadian itu berlaku di sebuah perumahan dekat Sungai Petani dan kenderaan berupa van putih itu difahamkan dibawa dari Klinik Kesihatan Bedong.

“Pemandu KKM dari KK Bedong menghalang jalan, hon tapi tak endahkan. Kemudian reverse dengan laju dan langgar kereta saya!

Kereta rosak dan anak-anak trauma tengok kejadian depan mata. Tak sangka ada yang berani buat macam ni. Harap pihak berkuasa ambil tindakan cepat,” tulis ciapan itu.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan rasmi dari KKM atau pihak Klinik Kesihatan Bedong berkenaan isu ini.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.