Trend kecantikan memang berubah-ubah mengikut zaman dan berbeza mengikut budaya sesebuah negara atau masyarakat.
Untuk mencapai sesuatu kecantikan yang diingini juga, orang sanggup melakukan cara-cara yang merbahaya dan pelik. Macam zaman sekarang ni, ramai yang sanggup habiskan duit sehingga beribu-ribu semata-mata untuk mendapatkan kecantikan yang diingini.
Walaupun trend kecantikan zaman sekarang banyak yang tak masuk akal, tapi masih tak boleh nak lawan beberapa trend kecantikan yang diamalkan pada zaman dulu tau! Kalau nak tahu, baca dekat bawah ni.
Artikel berkaitan: Top 10 Wanita Paling Cantik Di Dunia Tahun 2023, Siapa No.1 Tu?
Artikel berkaitan: “Nampak macam princess” – Kecantikan Menantu Tengku Adnan Jadi Perhatian, Rupanya Kacukan Perancis & Indonesia
1. Guna peluh pahlawan Rom untuk buat facial
Rom kuno memang terkenal dengan kesukaan dorang terhadap kemewahan dan memanjakan diri. Wanita-wanita kaya ketika zaman ini juga sama. Malah, salah satu trend kecantikan yang paling pelik ketika itu adalah fenomena menggunakan peluh pahlawan Rom untuk buat facial.
Facial ini dipercayai boleh memperbaiki kulit wajah dan mengekalkan keremajaan. Peluh pahlawan yang berjaya pula dianggap sebagai ubat tenaga batin yang kuat.
Di Rom kuno, kebanyakan pahlawan dihormati oleh masyarakat kerana kehebatan fizikal mereka dan kemahiran berlawan. Mereka biasanya akan berlawan sehingga mati di hadapan penonton yang bersorak di Colosseum.
Jika seseorang pahlawan itu berjaya berlawan di arena, peluh mereka akan dianggap lebih berharga. Peluh ini dikumpulkan melalui satu alat yang dipanggil strigil. Ia digunakan untuk mengikis daki dan peluh sebelum dicampurkan dengan minyak zaitun dan dijual sebagai krim muka untuk wanita-wanita Rome.
2. Hitamkan gigi di Jepun
Selalunya kalau kita tengok orang gigi hitam ni mesti kita terus jadi geli kan? Mana tidaknya, selalunya benda macam ni berlaku bila gigi tak dijaga dengan betul.
Pun begitu, trend hitamkan gigi telah menjadi salah satu teknik kecantikan yang dikatakan bersal dari Jepun. Selama beratus-ratus tahun, wanita Jepun zaman dahulu telah mewarnakan gigi mereka dengan warna hitam menggunakan bahan bernama kanemizu.
Pakar sejarah percaya, bahan tersebut adalah campuran dari besi, cuka dan tanin dari beberapa sayuran atau teh.
Trend hitamkan gigi ini diamalkan oleh wanita berusia lebih 18 tahun untuk menunjukkan kematangan. Namun begitu, trend ini telah dilupakan selepas pengenalan kecantikan Barat ketika era penjajahan tapi masih diamalkan oleh beberapa masyarakat minoriti di China, Pulau Pasifik dan Asia Tenggara.
3. Teknik keluarkan darah
Salah satu amalan yang dilakukan pada zaman dahulu adalah teknik keluarkan darah. Teknik ini dianggap boleh mengembalikan kestabilan dan mengeluarkan “humor” berlebihan.
Salah seorang bapa perubatan, Hippocrates percaya yang penyakit adalah disebabkan ketidakseimbangan empat humor iaitu darah, hempedu kuning, hempedu hitam dan kahak. Rawatan untuk membuang lebihan humor ini termasuklah dengan teknik mengeluarkan darah.
Orang Mesir Purba, Yunani, Rom, Arab, dan Asia semuanya mengamalkan pengeluaran darah ini sekurang-kurangnya 3,000 tahun dahulu. Ia turut menjadi amalan di Eropah pada abad ke-19 sebelum ia akhirnya dianggap tidak mujarab.
Teknik pengeluarkan darah ini boleh dibuat dengan pelbagai cara tapi cara paling biasa digunakan adalah dengan menggunakan lintah. Ia dipercayai dapat menyembuhkan banyak penyakit seperti paru-paru berair, sawan dan penyakit mental.
Walaupun teknik ini telah dianggap tidak mujarab untuk kebanyakan penyakit, terapi lintah ini masih digunakan untuk beberapa situasi hari ini dan biasanya bukan untuk kecantikan.
4. Ikat kaki di China
Teknik ikat kaki merupakan salah satu trend kecantikan yang paling pelik sepanjang sejarah dan mungkin juga paling sakit.
Selama berzaman-zaman, wanita Cina telah mengikat kaki mereka dari awal usia untuk mendapat kaki kecil berukuran tiga inci yang dipanggil sebagai golden lotus. Amalan ini turut mengubah bentuk kaki seseorang.
Amalan ini dibuat dengan meletakkan kaki ke dalam air panas sebelum semua jari kaki kecuali ibu jari dipatahkan dan diratakan ke tapak dan dibengkokkan. Akhirnya kaki ini diikat menggunakan tali sutera dan tali ini ditukar setiap dua hari untuk mengelakkan jangkitan.
Ramai gadis juga turut dipaksa untuk berjalan jauh dengan kaki diikat dan ikatannya menjadi lebih ketat untuk membengkokkan tumit dan tapak kaki dengan rapat bagi mempercepatkan proses. Selepas dua tahun, proses ini dianggap selesai.
Amalan ini kemudiannya diban pada 1911 namun begitu ia masih diamalkan di beberapa bahagian terpencil di China.
5. Panjangkan tengkorak
Tamadun Maya berkembang maju sekitar 300 hingga 900 masihi di mana kaum Maya ini merupakan penduduk di selatan Mexico dan utara Amerika. Salah satu amalan popular mereka adalah teknik deformasi tengkorak.
Mereka percaya teknik kecantikan ini akan mendekatkan diri mereka dengan tuhan. Mereka akan menggunakan radas meratakan kepala untuk membentukkan tengkorak kanak-kanak di awal kehidupan mereka.
Proses ini melibabkan tekanan berterusan pada tengkorak kanak-kanak yang masih terbentuk dan ia akan menghasilkan bentuk kepala yang memanjang.
Sumber: History Defined