Isu dan kontroversi memang tak lekang melanda pada Dato’ Aliff Syukri ini, setiap strategi pemasaran yang dia cuba lakukan pasti akan ada pihak yang kurang senang. Belum lega lagi isu ugly woman, kontroversi baru pula timbul.
Semalam, pengasas D’Herbs ini ada memuat naik video sesi penggambaran muzik video terbarunya yang berjudul Biar Apa Orang Kata.
Lepas isu Bobo Di Mana, muncul lagi kontroversi baru di mana sesi penggambaran yang ditayang di media sosial tu mendapat perhatian netizen termasukan pendakwah Pencetus Ummah Syed.
Sebelum ini dihentam & kata nak berubah, muat naik video lagu nasyid bersama isterinya.. Tetapi kali ini dengan bangga dia muat naik tiktoknya – PU Syed
Dato’ Aliff Syukri ada muat naik beberapa video dan gambar proses penggambaran muzik video lagu terbarunya itu, video yang memaparkan Aliff Syukri sedang bermain Tik Tok bersama gadis-gadis barat yang berpakaian seksi.
Mendapat perhatian PU Syed, dia memberikan teguran pedas kepada Dato’ Aliff, menganggap Dato’ Aliff bangga mempersendakan hukum agama.
“Sekali lagi saudagar herba ini membuat sesuatu yg mendatangkan kutukan.. Fitnah itu sedang tidur wahai saudara, jgn dikejutkannya.. Selepas video klip bobo di mana harini dia muncul dgn tarian tik tok bersama wanita2 seksi.. Jika sebelum ini nitezen hentam dan dia kata dia dah berubah dan muat naik video lagu nasyid bersama isterinya.. Tetapi kali ini dengan bangga dia muat naik tiktoknya yg benar² saya anggap sebagai cuba mempersendakan hukum agama.
Semoga Allah tunjukkan kepada saudara jalan keluar yg sebaiknya dlm kemelut mencari identiti diri sendiri..atau kami doakan agar segala nikmat yg saudara sedang kecapi ini diberikan kepada insan yg benar² tahu bersyukur dan taat kepada agama.
Umat Islam di Malaysia sibuk isu ICERD, saudara sibuk UP Maksiat.. Astaghfirullah.. #taubatlahwahaimanusia
Saudaramu
PU Syed!”
Bahkan, PU Syed ada membuat teguran terbuka kepada Dato’ Aliff agar padam video yang dimuat naik itu bagi mengelakkan ‘fitnah’ dan menggesa agar segera bertaubat.
Jika hidup kita suka dihiasi kontroversi, bimbang-bimbang, kelak saat kita mati, kita akan menghadapi situasi yang sama
“Teguran terbuka buat @aliffsyukriterlajaklaris
Jika hidup kita suka dihiasi kontroversi, bimbang², kelak saat kita mati, kita akan menghadapi situasi yg sama.. Malulah kepada Allah.. Atas dosa secara terang²an yg kita buat.. #TaubatlahKepadaAllahSaudaraku”
Selain terguran terbuka daripad PU Syed ini, ada beberapa isu lain lagi yang terpalit dalam pembikinan muzik video ini, netizen kecam kerana muat naik video sebegitu sewaktu isteri ke tanah suci.
Namun begitu, Dato’ Aliff membuat kenyataan, dia menjelaskan bahawa lagu terbaru ini merupakan lagu motivasi dan tiada unsur-unsur keseksian.
Tiada unsur seksi ok! – Dato’ Aliff Syukri
“Ade jee masalah saya harap korang jgn salah paham.. itu mat salleh perempuan .. kalau mv #biarapaorgkata mat salleh tu pakai jeket di luar dan x seksi.. sy janji pada smua rakyat malaysia,brunei,si gapore dan indonesia tiada seksi ok.. sbb vedio ni akan masuk tv dan nak masuk juara lagu.. malah dlm mv ada kemunculan khas @wakdoyok@official.forteen @kakgirlsebenar @arjalee@zoeyrahman dato @zielajalil kak @lizza_abdullah @datosrisalmahismail dan byk lagi ..”
Apa pun admin harap Dato’ Aliff syukri pandai jaga diri dan dapat terima teguran dari sudut positif. Admin harap lagu baru ni dapatlah jadi hit dan tercalon dalam AJL akan datang ya. Muah!
Baca : Netizen Masih Panas Hati Walaupun Aliff Syukri Dah Minta Maaf. Ini Sebabnya…