in

Netizen Masih Panas Hati Walaupun Aliff Syukri Dah Minta Maaf. Ini Sebabnya…

Aliff Syukri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jutawan kosmetik, Aliff Syukri yang selalu terpalit kontroversi kerana adab dan sikapnya telah pun tampil mohon maaf atas isu yang masih hangat diperkatakan. Aliff dikecam hebat netizen termasuk para selebriti kerana video dia promote produk terbaru D’Herbs secara langsung di Gegar Vaganza.

Aliff Syukri
sumber: lobak merah

Lepas isu ni jadi kontroversi hebat di Malaysia, Aliff dikatakan tampil muncul dengan satu video bersama wanita yang digelar hodoh itu. Dalam video tu, Aliff beritahu yang semuanya hanyalah gimik dan telah dirancang atas tuntutan program tv tersebut memandangkan dia pula sponsor utama rancangan tu.


Saya menaja program berjuta mesti lah ada konsep dan dah refer pada semua.”

Aliff juga terangkan yang wanita tu sebenarnya adalah staf syarikat dia dan setiap kali jika ada promosi macam tu dia hanya akan guna staf sendiri sahaja.

Setiap minggu kami hanya menggunakan team kami sendiri dan bukan orang luar….Ingat saya berani ke tonyoh muka orang tak minta izin.”

Apapun yang khilaf itu dari saya sebab terlepas cakap saya dah pun minta maaf pada malam tersebut dalam slot abang bawang…..tapi kalau mana yang nak terus mengutuk dan menghina silakan…saya tak mampu puaskan hati anda semua.”

https://www.instagram.com/p/Bp1rkiSANnK6ltKgdsJZxGx1bM3yMXVPkV8hKA0/?utm_source=ig_embed&utm_medium=loading

Tapi, walaupun dah minta maaf di media sosial tu, netizen masih panas hati dan bengang dengan apa yang dah berlaku. Nak tahu kenapa?

  • Kanak-kanak pun menonton rancangan tu, Aliff Syukri beri contoh sikap yang buruk pada anak kecil.
  • Aliff Syukri normalise budaya mengutuk rupa paras dan warna kulit seseorang. Seorang netizen ada kata,

“Sangat biadap apabila (dia) mentertawakan dan jadikan rupa paras seseorang tu bahan lawak.”

  • Kata mereka, masyarakat sekarang makin menyedihkan. Hanya kerana duit, apa kesalahan pun boleh dibiarkan.
  • Netizen kaitkan pula kata-kata Aliff Syukri yang jadikan warna kulit Santesh sebagai bahan lawak, dan menuduh Amelina guna susuk.

Aliff ada jugak sentuh isu Santesh dan Amalina. Katanya,

Begitu juga kes Amelina dan Santesh pun saya minta maaf kerana niat saya bergurau akhirnya membawa padah dan menyinggung perasaan orang walaupun orang lain cakap tak pula jadi isu…”

Dr Amalina Che Bakri juga antara yang sangat tidak bersetuju dan tidak berpuas hati dengan apa yang telah terjadi. Dia mempersoal, kenapa Aliff beranggapan yang memalukan seseorang di program TV atas tujuan marketing tu bukanlah satu kesalahan?

Jadi, takpe lah body shaming, diskriminasi warna kulit di TV atas tujuan marketing? Ini dah melampau, sangat melampau.”

Amalina juga kecewa dengan staf Aliff Syukri yang sanggup biar diri dimalukan secara langsung di TV hanya kerana dibayar.

Menganggap tindakan ini sebagai sesuatu yang normal adalah TIDAK ok.”

Baca antara komen netizen tentang isu ni:

“Dah macam jadi budaya. Bila ditegur, dikata kita tak sporting, tak cool. Dan alasan biasa “ala gurau je”. Daripada makcik, sampailah ke budak kecil. Semuanya normal.”

“Benda dah jadi sebati dengan orang kita. Sebab tu makin biadab orang-orang sekarang. Kurus putih semua cantik. Gemuk and hitam semua buruk.”

“Tiada sesiapa dalam team dia sedar ke? Sangat biadap jadikan rupa paras orang lain sebagai bahan lawak.”

“Menegakkan benang basah. Masih rasa diri sendiri betul, tak salah. Jadi, berdosa ke orang kulit gelap?”

“Asalkan ada duit, buat apa pun terlepas.”

Makin teruk generasi dan budaya kita sekarang. Harap orang orang yang famous tunjukkanlah contoh yang baik.

Baca: [VIDEO] King Coco ‘Sekolahkan’ Aliff Syukri, Netizen Sokong!

King Coco Is Back

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.