in

“Hidup sebati dengan teknologi” – Selamat Datang Generasi Beta, Lahir Tahun 2025 Ke Atas!

collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 1 Januari 2025, dunia bakal menyambut kehadiran Generasi Beta yang menandakan berakhirnya era Generasi Alpha. 

Menurut laporan Indonesia Sentinel, Generasi Beta terdiri daripada individu yang lahir antara tahun 2025 hingga 2039, menjadikan mereka generasi ketujuh sejak permulaan abad ke-20.


Generasi Beta hadir sebagai pengganti kepada Generasi Alpha, iaitu mereka yang lahir antara 2010 hingga 2024. Istilah Generasi Alpha ini diperkenalkan oleh penganalisis sosial dan demografi terkenal, Mark McCrindle. 

Sebelum itu, terdapat Generasi Z (lahir 1997 hingga 2009), yang juga dikenali sebagai Gen Z.

Menurut pakar, Generasi Alpha kebanyakannya terdiri daripada anak-anak generasi milenial yang membesar dalam era digital. 

Generasi ini sudah arif menggunakan teknologi sejak kecil, berbanding generasi sebelumnya yang mula mengenali teknologi pada usia remaja atau dewasa. 

Oleh sebab itu, Generasi Alpha dilihat sebagai perintis yang hidup dalam dunia yang dipacu teknologi di mana penggunaan peranti pintar dan internet sudah menjadi sebati dalam kehidupan harian. 

Artikel berkaitan: “Lebih canggih” – Kad Pengenalan Lama Bakal Dimansuhkan, Ini Ciri-ciri MyKad Generasi Baharu

Artikel berkaitan: iPhone Generasi Pertama Dijual Dengan Harga 300 Kali Ganda Daripada Harga Asal Dilancarkan

1 keMrTXPsqrblyhCKikADfA
Generasi Beta. – GAMBAR HIASAN

Bagaimanapun, kehadiran Generasi Beta dijangka membawa perubahan yang lebih besar. Generasi ini bakal membesar dalam zaman di mana kecerdasan buatan (AI) bukan lagi sesuatu yang baru tetapi sudah menjadi norma. 

Malah, teknologi seperti simulasi yang dijana AI, robotik dan automasi dijangka akan mempengaruhi hampir setiap aspek kehidupan mereka dari pendidikan hingga pekerjaan.

Walaupun begitu, Generasi Beta mungkin berhadapan dengan cabaran yang unik yang tersendiri. 

Mereka mungkin akan menghadapi tekanan untuk menyesuaikan diri dengan teknologi yang berkembang pesat serta cabaran untuk mengekalkan keseimbangan antara interaksi maya dan hubungan sosial secara bersemuka.

Sebagai generasi pertama yang akan wujud sepenuhnya dalam abad ke-21, Generasi Beta pasti akan mencorakkan sejarah dan meninggalkan kesan mendalam terhadap masyarakat di seluruh dunia.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.