in

“Hidap beberapa penyakit” – Suami Miera Liyana Rayu Ikat Jamin Dikurangkan Sebab Dah Diisytihar Muflis

Ft Suami Miera Liyana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ahli perniagaan yang merupakan suami kepada pelakon Miera Liyana merayu kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur agar jumlah jaminan terhadapnya dapat dikurangkan terhadap tuduhan yang menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia) pada 5 tahun lalu.

Peguam yang mewaliki Rosland Othman iaitu S. Shatidaran berkata, anak guamnya itu telah diisytihar muflis pada tahun 2023 selain menghidap beberapa penyakit seperti kencing manis, glaukoma dan masalah saraf.


Artikel berkaitan: “Adibah bukan isteri derhaka” – Permohonan Plaintif Ditolak, Bekas Madu Miera Liyana Bebas Nusyuz

Artikel berkaitan: Anak Tiri Miera Liyana Tak Terasa Hati Tindakan Bapa, Tarik Mini Cooper & Block Nombor Telefon

“Dengan keadaan kesihatan serta tanggungan keluarga yang besar, saya memohon mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan anak guam diikat jamin pada jumlah yang lebih rendah dan munasabah.”

Usahawan yang berumur 53 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, bapa kepada tujuh orang anak itu merupakan pengarah Sarawak Consolidated Industries Berhad ketika kejadian, pernyataan palsu itu didakwa terkandung dalam dokumen Interim Financial Report on Consolidated Results for the Quarter Ended 30 September 2021.

Kesalahan tersebut dilakukan di Bursa Malaysia, Exchange Square, Bukit Kewangan, KL pada 30 September 2021.

Hm395Rosland 1773296028

Pertuduhan itu dikemukakan di bawah perenggan 369(b)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama subseksyen 367(1) akta sama. Jika bersalah, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 369 akta berkenaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda maksimum RM3 juta.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Sekuriti (SC), Hashley Tajudin memaklumkan bahawa pihak pendakwaan tidak mencadangkan tertuduh diberikan ikat jamin kerana kesalahan tersebut termasuk dalam kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Namun begitu, seandainya mahkamah ingin menggunakan budi bicara untuk menawarkan jaminan terhadap terduduh, pihak pendakwaan mencadangkan jumlah RM1 juta dengan seorang penjamin.

Screenshot 2026 03 12 160336

“Ia termasuk syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di ibu pejabat SC sekali setiap bulan sehingga kes selesai.”

Di samping itu, peguam kepada Rosland memaklumkan bahawa Rosland juga ada menanggung dua orang warga emas iaitu ibu kandung dan ibu mentuanya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua belah pihak, Azrul membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan. Mahkamah telah menetapkan sebutan semula kes pada 7 Mei ini.

Sumber : Sinar Harian

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.