Jika sebelum ini hangat diperkatakan mengenai isu rumah tangga suami Miera Liyana, Rosland Othman yang sudah bercerai dengan isteri pertamanya, Adibah Abdul Mutalib.
Kali ini, anak kepada Rosland dan Adibah mendedahkan bahawa dia reda dengan tindakan bapanya yang menyekat nombor telefonnya sejak Februari lagi.
Artikel berkaitan: “Adibah masih terkejut” – Suami Miera Liyana Ceraikan Isteri Pertama Dengan Talak Satu
Artikel berkaitan: Suami Miera Liyana Mahu Selesai Kes Hadanah Cara Baik, Bekas Isteri Dapat Jumpa Anak Lepas 5 Bulan
Nur Izzah, 26, berkata, sejak daripada itu mereka tidak lagi berhubung dan dia mengakui tidak terasa hati dengan apa yang dilakukan bapanya itu.
Dia rasa defensif dengan kata-kata saya sebab apa yang saya cakap itu perkara betul dan apa yang dia buat itu salah.
“Masa itu dia ambil adik saya Anisa tanpa pengetahuan mak saya (Adibah) jadi bila saya cakap benda fakta kemudian dia defensif dan sebab itulah dia block saya.
“Saya tak tergores hati pun tentang dia block saya,” katanya yang masih menghormati Rosland sebagai bapa.
Kereta mini cooper ditarik balik
Selain itu, Izzah juga berkongsi cerita mengenai kereta Mini Cooper pemberian bapanya yang sudah diambil semula.
Katanya, dia sudah dapat menduga tindakan bapanya itu dan reda menerima apa yang berlaku.
Kereta itu telah ditarik daripada saya… saya tak terkejut sebab sudah boleh agak dia akan buat benda itu.
“Sebelum dia tarik kereta saya, dia sudah tarik kereta mak saya. Saya tak tahu apa motif dia tapi mungkin itu cara dia nak menghukum kami, tapi saya okay je,” katanya.
Untuk rekod, Rosland dan Adibah telah sah bercerai talak satu selepas 28 tahun berkahwin pada 3 Ogos lalu.
Selain Nur Izzah, pasangan ini mempunyai empat orang anak lagi iaitu Nur Iffah, 24, Nur Liyana, 18, Nur Anisa, 12 dan Nurin Tasnim, 11 tahun.
Sumber: mStar