in

Hero Sebenar! Polis Digilis Keretapi Ketika Cuba Selamatkan Penunggang Motosikal Melintasi Landasan

Kemalangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melintasi landasan keretapi sebagai jalan pintas untuk ke satu destinasi adalah perkara yang tidak digalakkan sama sekali. Sudah banyak kemalangan yang berlaku disebabkan sikap orang awam yang tidak peka atau lalai hingga meragut nyawa dalam keadaan yang begitu menyayat hati.


Terbaru lapor Coconuts, seorang anggota polis trafik maut ketika menyelamatkan beberapa penunggang motosikal yang degil ingin melintasi landasan keretapi meskipun telah dimaklumkan bahawa terdapat tren bakal melintasi landasan tersebut. Ya Tuhan! 

5A7Df75B A9D3 42Cf 8100 31D5Aab61833 34
sumber: detik news

Menurut balai polis daerah Jombang, anggota yang bernama Sheriff Gagah (segagah namanya, begitulah orangnya) ini difahamkan sedang bertugas menguruskan trafik di pintu berpalang landasan Keretapi Bangunkarta di Desa Plosorejo, Jakarta pada petang Sabtu lalu.

Sungguhpun pintu palang sudah diturunkan untuk menandakan keretapi bakal melintasi landasan tersebut, Gagah tiba-tiba ternampak sekumpulan penunggang motosikal sedang cuba melintasi persimpangan berkenaan dengan beraninya. Aduhai! Tak boleh sabar sikit ke? 

Anggota polis muda itu kemudian bergegas ke landasan dan cuba menghalau penunggang motosikal daripada melintasinya. Namun malang tidak berbau, tren kian mendekati landasan dan Gagah digilis keretapi tersebut yang berlalu pantas.

44A4684A Bbea 4A9A B032 B2C970Fe2C96 169
sumber: detik news

Orang awam dan rakan setugas Gagah, Brigadier Abdul Rohman segera membawa mangsa ke hospital, namun mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan maut dalam kemalangan mengerikan itu.

Demi berkhidmat dan melindungi masyarakat, dia sanggup mengorbankan nyawanya,” kata Ketua Polis Trafik Jombang, Agung Marlianto kepada Liputan6.

Gagah 2
sumber: coconuts

Tambah Agung lagi, tindakan Gagah melebihi keberanian yang mana-mana individu ada dan mereka amat bersedih dan terkesan dengan kehilangan seorang anggota polis sebaiknya.

Susulan daripada apa yang berlaku, pihak polis daerah Jawa Timur menegaskan supaya anggotanya mementingkan keselamatan mereka terlebih dahulu semasa bertugas di tempat kejadian.

“Cuba menyelamatkan orang lain daripada terkorban itu satu perkara yang lain, namun korbankan nyawa sendiri akibat perkara ini, apa gunanya?” kata Ketua Polis Jawa Timur.

Gagah 1
sumber: coconuts

Sementara itu, mereka kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk menganugerahkan Gagah dengan kenaikan pangkat.

Takziah buat keluarga mangsa yang terkorban. Semoga jasanya dalam menyelamatkan orang awam akan sentiasa diingati oleh masyarakat di sana. Ingat, jangan melintas landasan kereta api sesuka hati. Tak pasal-pasal nyawa melayang! 

Baca: Warga Emas Pertaruh Nyawa Selamatkan Keluarga Terperangkap Dalam Kereta Selepas Kemalangan

Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.