in

“Takde niat nak kompaun…” – Viral Pasal Polis ‘Kejam’ Kompaun Pengemis Lahad Datu 10K, Ini Penjelasan Ketua Polis Negara…

Ft 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, perbuatan sesetengah individu yang melontarkan pelbagai tuduhan liar terhadap polis hingga menimbulkan persepsi negatif itu kerana sengaja ingin ‘popular’.


Anggapan seperti ‘polis kejam’ kerana mengenakan tindakan tegas termasuklah kompaun adalah tidak wajar kerana menurutnya setiap tindakan dilakukan mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 dalam usaha untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19, lapor Bernama.

Kpn1

Orang ambil kesempatan, ada yang nak popular, lontar pelbagai tuduhan liar kemudian sembunyi tangan. Contohnya macam kes di Lahad Datu kononnya polis tangkap ramai pengemis di sana.”

Sebenarnya warga Pala’u ini mengemis beramai-ramai hampir di setiap lampu isyarat di sana, jadi polis pergi tangkap, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang virus sedang menular.”

Cb553531 4F83 419D 8Bd5 B5E0Cb528170

Mengambil kira statistik kes di Sabah yang telah menurun tinggal 35 kes, pihak polis mengenakan tindakan tersebut bertujuan untuk menurunkan lagi rekod kes di negeri itu.

Sebenarnya warga Pala’u ini mengemis beramai-ramai hampir di setiap lampu isyarat di sana, jadi polis pergi tangkap, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang virus sedang menular.”

Jadi kami tangkap, namun yang keluar dalam berita mengatakan polis kenakan tindakan kompaun RM10,000.”

Cerita sebenarnya kami tangkap di bawah Akta Imigresen dan serahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk perlindungan. Tidak ada niat pun hendak kompaun…kami tahu takkan mereka mampu, RM5 pun mereka tidak ada, usahkan RM10,000.”

807C1D5C Acaa 4B82 A93F D41B1D731F24

Jadi nak kata polis kejam tu tidak adillah.”

Begitu juga dengan kes yang melibatkan sepasang kekasih yang dilaporkan telah dikenakan kompaun RM10,000 di Cheras baru-baru ini, tindakan tersebut sebenarnya bukanlah dilakukan oleh polis sebaliknya sebuah agensi kerajaan yang lain.

1Kompaun

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru agar masyarakat berfikiran lebih matang dalam menilai setiap tindakan tegas dilakukan oleh polis. Ini kerana ia dibuat semata-mata untuk kepentingan rakyat serta demi mengekang penularan wabak Covid-19 di negara kita.

Undang-undang itu milik Kementerian Kesihatan (KKM) (Akta 342)… kami diminta dan diberi kuasa untuk bantu KKM.”

Isu kompaun RM10,000 telah lama dibincangkan sejak bermula gelombang ketiga COVID-19 apabila wujudnya kluster baharu dan mula merebak dalam kalangan komuniti.”

Kompaun RM10,000 itu bukan ditujukan kepada mereka yang membuat kesalahan kali pertama (tapi) ia adalah untuk individu yang mengulangi kesalahan sama iaitu individu yang pernah dikompaun sebelum ini melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).”

Sementara itu, beliau turut berpesan agar mana-mana individu yang merasakan diri mereka teraniaya atau tidak bersalah untuk mengemukan rayuan kepada KKM di Pejabat Kesihatan Daerah mengikut daerah di mana kompaun itu dikeluarkan.

Baca: “Tak pakai mask tak wajar disaman RM10k” – Kerajaan Akan Perinci Kesalahan Yang Layak Dikompaun RM10K

Pjimage 2021 03 15T174136.301

Sumber: Borneo Today
Sumber: Borneotoday

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.