in

Hati-hati! Ini 5 Scam Paling ‘Famous’ Di Thailand Yang Korang Kena Tahu!

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni memang ramai betul yang memilih untuk bercuti ke Thailand. Malah bulan lepas ketika musim cuti sekolah, seramai 80,000 rakyat Malaysia telah masuk ke sana untuk bercuti tau.

Mana tidaknya, orang Malaysia boleh masuk ke Thailand dengan pelbagai cara sama ada menaiki kereta, pengangkutan awam atau melalui udara dengan mudah serta perbelanjaan yang tak terlalu mahal telah menjadi antara punca mengapa ia menjadi pilihan ramai.


Seperti tempat lain yang menjadi tumpuan pelancong, Thailand juga turut mempunyai taktik-taktik scam untuk menipu pelancong dari luar negara lebih-lebih lagi bila seseorang tu tak tahu sangat tentang budaya atau kadar harga di sana.

Jadi dekat bawah ni kita akan senaraikan beberapa scam famous di Thailand yang telah membuatkan ramai pelancong terpedaya untuk jadi rujukan korang bila ke sana nanti.

Artikel berkaitan: 80,000 Rakyat Malaysia Kunjungi Thailand, Ini 7 Pantang Larang Kena Tahu Sebelum Ke Sana

1. Scam “The Grand Palace is closed today”

C3156D7B Ce5A 4A5C 9A99 002B0Ff57Fe8.Jpg

Ini adalah antara salah satu penipuan yang paling terkenal di Thailand tapi masih ramai pelancong yang terpedaya setiap hari. Modus operandi mereka adalah, dorang akan tunggu di depan landmark yang menjadi tumpuan pelancong dan akan datang ke arah korang dan tanya mana korang nak pergi untuk tahu kalau korang ni pelancong pertama kali atau tak.

Kemudian dorang akan bagitahu tempat yang korang nak lawat tu tutup sebelum offer untuk bawa korang ke tempat-tempat menarik yang lain dengan harga yang berpatutan.

Tapi, bila korang dah percaya dekat tour guide ni, dorang akan bawa korang ke satu tempat yang menjual permata atau barang-barang rare dan akan paksa korang untuk beli benda tu dengan harga yang jauh lebih mahal dari nilai sebenar.

Jadi, kalau korang pergi ke tempat yang menjadi tumpuan pelancong ni dan ada orang datang untuk berikan pertolongan secara tiba-tiba, dan orang tu pulak reti cakap english dengan baik, ada kemungkinan dorang ni scam, so cepat-cepatlah cakap “no, thank you.”

2. Scam tuk-tuk

5C9Ce4A1 48A7 4B4C Bfd7 42A4929C6426

Ni pun sama macam penipuan pertama di mana orang-orang yang membawa tuk-tuk akan berhenti di depan mall atau tempat pelancongan dan nak bawa korang ke sesuatu tempat dengan harga yang mahal.

Tapi bila dah bawa korang, dorang akan berhenti dekat kedai jual permata dan orang dekat sana akan paksa korang beli sesuatu dengan harga yang tak masuk akal. Selalunya kalau dah masuk dalam kedai permata ni, susah tau nak keluar tanpa korang beli something.

Jadi kalau tak nak jadi mangsa, elak naik tuk-tuk yang berhenti dekat tempat pelancongan atau pusat membeli-belah dan jangan bagi dorang berhenti sebelum tiba ke destinasi.

3. Scam teksi

Phuket Taxis Fighting Again As Traditional Taxi Queues Accuse Ride Hailing Apps Of Stealing Customers

Penipuan ni memang biasa berlaku tapi antara yang mudah untuk dielak juga. Dekat depan hotel-hotel mewah, mesti akan ada 2 atau tiga teksi yang park dekat situ sepanjang hari dan dilihat tak desperate untuk ambil pelanggan. Sampaikan korang akan ingat teksi-teksi ni adalah servis yang ditawarkan oleh hotel.

Kemudian, kalau dorang nampak pelanggan hotel yang nak cari teksi untuk ke airport, dorang akan offer untuk bawa korang. Tapi lepas teksi dah jalan, korang akan sedar yang dorang tak pasang meter, tapi bila minta pasang dorang akan offer harga yang lebih mahal dari biasa.

Bila korang dah masuk dan teksi dah bergerak, memang susah untuk korang lari. Jadi, kalau korang naik teksi, make sure sebelum gerak korang tengok dulu meter gerak ke tak. Kalau nak lebih senang, baik order je Grab.

4. Scam The Khlong

D982A347 A306 450F Ab76 E35E5E7E42Ee.jpg

Mungkin semasa korang berjalan-jalan di Thailand, lebih-lebih lagi di Bangkok, korang akan didatangi oleh seorang lelaki yang sangat friendly dan mungkin tahu beberapa perkara tentang negara korang seperti bahasa atau pemain bola terkenal.

Bila korang dah rasa selesa berbual dengan dia, orang ni akan offer untuk naik bot kawan dia untuk tengok terusan yang famous dekat Bangkok dengan harga yang rendah.

Bila korang setuju, korang memang akan nikmati keindahan menaiki bot waktu senja dan tengok tempat-tempat menarik sepanjang terusan tersebut. TAPI, enjin bot ni tiba-tiba akan berhenti 200 meter dari jeti dan ‘kawan’ korang tu akan minta bayaran tambahan sebanyak 1,000 baht atau lebih sebagai bayaran menaiki bot.

Tak kira macam mana korang bertengkar atau berbincang, korang tetap kena bayar juga harga yang dia minta sebab korang tak ada pilihan lain untuk naik ke darat kecuali berenang dari bot ke jeti bersama barang-barang peribadi.

Jadi, jangan mudah percaya dengan orang yang tiba-tiba datang tegur dan berikan tawaran yang menarik.

5. Scam polis palsu

Images

Penipuan ni, kalau korang tak berani memang agak menakutkan tau. Ia berlaku apabila seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis tiba-tiba datang dan minta untuk tengok pasport. Tapi lepas dah check, dorang akan cakap ada masalah dengan visa dan akan minta korang bayar denda on the spot.

Bila benda macam ni jadi, apa yang korang boleh buat adalah dengan melawan dan tegaskan yang tak ada masalah dengan pasport atau visa korang.

Tapi benda ni bukanlah benda yang senang, lagi-lagi bila berdepan dengan pihak berkuasa macam ni.

Sumber: TripCanvas, Hotels.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.