Ramai di antara kita yang terkesan dengan peperangan yang kini berlaku di Palestin, sebagai umat Islam pasti kita akan mencari jalan untuk membantu saudara-saudara kita di sana.
Jika anda sering menghabiskan masa di TikTok, pasti pernah terserempak dengan live oleh seorang atau beberapa individu yang kononnya berada di Palestin.
Artikel berkaitan: AFC Sokong Palestin, Mahu FIFA Gantung Israel
Artikel berkaitan: Pamer Solidariti Untuk Palestin, Anak Bongsu PMX Hadir Konvokesyen Di New York Pakai Keffiyeh
Individu seperti ini biasanya akan meminta derma dalam bentuk gift dengan menunjukkan ‘keadaan’ di negara yang sedang menghadapi krisis itu.
Seorang pengguna X @/pudynzayn berkongsi, pemilik akaun tersebut biasanya menggunakan taktik itu untuk menipu mereka yang menonton live tersebut dengan ‘mengemis’ gift.
Hati-hati ya guys sebelum bagi gift. Ni antara cara diorang scam duit korang.
Dekat Rafah tengah Genocide mana sempat nak buat tiktok live!!! pic.twitter.com/xYDK5L6jLH
— pudyn (@pudynzayn) May 27, 2024
Dalam video itu, pengguna X itu membongkarkan individu itu terkantoi apabila di bahagian repost pemilik akaun TikTok itu terdapat video-video wanita yang kelihatan bukan dari negara Arab sebaliknya seperti wanita Asia Tenggara.
“Kalau nampak aku block”
Malah, ramai juga netizen yang berkongsi pengalaman hampir sama mereka yang hampir ‘terkena’ dengan individu tidak bertanggungjawab ini.
Jaga-jaga korang kalau nak bagi gift…
Sumber: X