in

Hati-Hati! 4 Hadis Yang Kita Selalu Dengar Ini Rupa-rupanya Palsu!

Hadispalsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang kita dengar bahawa pasal hadis-hadis ni, dan kita tanpa fikir panjang akan terus share, tanpa usul periksa.


Namun begitu perkongsian daripada @_daukuzi menerusi Illuminasi ini mendedahkan bahawa kesemua hadis yang popular di Malaysia ini sebenarnya palsu.

 

1. Tuntut ilmu hingga ke negeri Cina

Hadis tersebut berbunyi begini :

Hadis

Hadis ini hanyalah rekaan semata-mata, Mufti Perlis sebelum ini pernah mengaskannya pada tahun 2007.

 

2. Tidak elok campur makanan darat dan laut dalam satu hidangan

Rasanya mesti ramai dengar kan? Ada yang kata pesanan ‘orang-orang tua’ dan mereka rujuk ia daripada hadis.

Namun begitu, jika dikaji elok-elok, tidak ada larangan yang dinyatakan oleh Rasulullah saw berkenaan dengan hal ini apa yang ditegaskan hanyalah hanyalah:

Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya. Melainkan jika dia tidak dapat mengelak, maka isilah sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga untuk nafasnya.” [Riwayat al-Tirmizi (2380)][Hadith ini dinilai hasan sahih oleh Imam al-Tirmizi]

Menerusi laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutan juga ada menekuni berkaitan isu ini maka ia tiada larangan sama ada daripada al-Quran ataupun hadith Nabi SAW berkaitan mencampurkan makanan di antara makanan laut dan darat ketika makan.

Pepatah orang tua itu hanyalah sekadar adat orang-orang dahulu adalah dengan tidak mempelbagaikan laut pauk ketika menjamu selera.

Disamping itu, jika ilmu sains membuktikan bahawa dengan mencampurkan antara makanan darat dan laut akan menyebabkan mudharat maka ia perlulah dijauhi. Bukan sebab hadis.

 

3. Tidur lepas asar boleh jadi gila

“Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri”

Tiadas nas yang jelas daripada menghalang seseorang untuk tidur selepas Asar. Ada juga yang menegaskan bahawa tidur selepas subuh dilarang.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menegaskan bahawa hukum tidur selepas subuh kekal harus kerana tiada dalil yang menghalangnya.

Meskipun tiada nas yang menghalang untuk tidur selepas subuh namun terdapat banyak galakan untuk menghidupkan amalan selepas subuh. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW telah bersabda:

Wahai Tuhan kami, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi. Adalah Nabi SAW, jika Baginda menghantar briged tentera, Baginda akan menghantarnya di awal siang. Adalah Sakhr itu seorang peniaga dan beliau memulakan perniagaannya di awal siang maka telah bertambah hartanya (mendapat keuntungan).

 

4. Payung emas bagi isteri yang bermadu / benarkan suami kahwin lain

Ini yang paling popular dalam kalangan orang kita, semua sedia maklum bahawa suami dibenarkan untuk berpoligami tetapi atas sebab-sebab tertentu.

Jadi mereka menggunakan ‘hadis’ ini sebagai tanda pujuk kepada isteri pertama atau selainnya. Namun begitu Mufti menjelaskan bahawa ianya hanyalah rekaan semata-mata kerenatidak terdapat di dalam al-Qur’an ataupun al-Hadith tentang payung emas

Bagaimanapun, banyaki ayat al-Qur’an dan al-Hadith yang menceritakan tentang kelebihan hidup berumah tangga dan juga hubungan sesama suami dan isteri tetapi tidak terdapat sepotong ayat al-Qur’an atau al-Hadith yang menceritakan tentang payung emas sebagaimana yang didakwa.

 

Baca : “Kiamat pasti berlaku tapi hadis pasal Dukhon (asap) pada 15 Ramadhan ini PALSU!”- PU Azman

Puazman

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.