in

Hasrat Nak Jual Lamborghini Tak Kesampaian, JPJ Dah Sita Dulu

jpj sita lamborghini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor telah menyita sebuah Lamborghini yang dipandu oleh seorang lelaki selepas mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan mewah itu telah tamat tempoh selama 15 bulan.

Memetik sumber Kosmo!, kereta itu disita dalam satu pemeriksaan Ops Luxury di susur keluar Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) pada pagi Ahad.


Menurut Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan, ketika kejadian itu, pemandu yang merupakan pemilik perniagaan kenderaan terpakai sedang dalam perjalanan ke Setia Alam bagi urusan jual beli kenderaan berkenaan.

Artikel berkaitan: “Balik naik e-hailing” – Kereta Mewah Disita, Warga China Tiada Lesen Memandu & Tidak Bayar Cukai Jalan

Artikel berkaitan: JPJ Sita 101 Kenderaan Mewah, Termasuk Porsche Milik Selebriti Wanita

Bagaimanapun, hasrat lelaki itu yang mahu menjual kenderaan terbabit tidak kesampaian apabila pihak berkuasa mendapati kenderaan tersebut gagal mempamerkan nombor pendaftaran di bahagian hadapan.

“Hasil pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati LKM dan insurans kereta itu telah tamat tempoh sejak 15 bulan lalu.

“Alasan dia tidak memperbaharuinya kerana ingin menjual kereta itu,” katanya.

Lamborghini

Bahkan, semakan juga mendapati pemandu kereta itu mempunyai rekod kesalahan lampau antaranya gagal mematuhi had laju, tiada lesen memandu dan lesen memandu percubaan tamat tempoh.

Sehubungan itu, kenderaan terbabit disita dan dibawa ke Stesen Penguatkuasa (SPK) Ijok untuk tindakan lanjut mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.