in

Harga Siling Kit Ujian Kendiri COVID 19 Ditetapkan Pada RM19.90 – Menteri Kesihatan

turun harga test kit covid khairy jamaluddin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita semua maklum, harga kit ujian kendiri COVID 19 ini di pasaran boleh dikatakan agak mahal dan telah menerima rungutan daripada golongan B40 kerana tidak mampu untuk memilikinya.

UJIAN17 BHfield image socialmedia.var 1587124423

Mendengar keluhan rakyat, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan kerajaan telah menetapkan harga runcit kawalan bagi kit ujian kendiri tersebut ialah pada RM19.90 yang akan berkuatkuasa Ahad ini.


Menerusi akaun Twitter, beliau juga berkata, harga borong bagi kit ujian COVID 19 pula adalah pada harga maksimum RM16.00.

Dalam pada itu, beliau juga mengeluarkan kenyataan bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Alexander Nanta Linggi berkata, tindakan itu dilakukan berikutan permintaan kit berkenaan yang dijangka meningkat kerana kesedaran orang ramai bagi membuat ujian sendiri bagi memastikan diri bebas daripada wabak COVID 19.

Sebagai kerajaan yang prihatin dan serius dalam menangani kos sara hidup yang meningkat pada masa kini dan sebagai tanda sokongan kementerian bagi menangani wabak COVID 19, kerajaan akan membuat kawalan ke atas harga borong dan runcit maksimum bagi kit ujian pantas antigen COVID 19 (ujian sendiri) yang akan berkuat kuasa pada 5 September di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961,” kata kenyataan itu.

Menurut KPDNHEP, mereka juga menjangkakan kesan persaingan akan menstabilkan lagi harga jualan di semua peringkat seperti mana yang berlaku kepada harga pelitup muka, lapor Malaysiakini.

746793

Amaran juga diberikan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal patuhi harga kawalan itu.

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut:

“Kesalahan menjual melebihi harga maksimum – individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

“(Manakala) syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,” katanya lagi.

Kementerian pada masa yang sama menyediakan pelbagai medium untuk rakyat bagi menyalurkan aduan berhubung isu harga tersebut.

Lega bila dengar harga test kit turun ye! Tak adalah rasa teragak-agak nak beli. 

Baca: Menteri Kesihatan Baharu, KJ ‘Beri Salam’ Isu Pegawai Halang Lelaki Rakam Video di PPV

kj

Sumber: BH
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.