in

“Harga dekat RM7,000” – Individu Jual Gambar Budak Secara ‘Online’ Untuk Jadi Bahan Seks

collage 24

Sekarang ni semua benda dah senang, dengan lambakan platform dalam talian juga semakin banyak barang yang boleh dibeli di hujung jari.

Pun begitu, setiap kemudahan yang disediakan pasti akan ada individu-individu yang tak bertanggungjawab akan menggunakan platform seperti ini untuk kepentingan diri.

Macam baru-baru ini, seorang individu telah kongsikan “barang” yang dijual oleh seorang seller dengan tajuk “Barang boek untuk dijual”.

pictures 1.jpg

Kalau korang tengok gambar yang dikongsikan oleh pengguna Twitter ini, dapat dilihat ada beberapa gambar kanak-kanak yang dijual dengan harga RM6,900.

Menerusi keterangan, penjual tersebut mengatakan produk yang dijualnya itu adalah untuk digunakan sebagai bahan melempiaskan nafsu.

pictures 2.jpg 1

Selain itu dia juga turut menawarkan pembeli yang berminat untuk membeli gambar yang dijual di bawah kategori personal pleasure ini nego harga secara peribadi.

“Jijik”

Jelasnya perkongsian ini telah menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen lebih-lebih lagi melihat nasib kanak-kanak yang menjadi mangsa nafsu serakah pedofil di luar sana.

Screenshot 2022 08 10 at 2.35.45 PM down

Menerusi ruangan komen, dapat dilihat platform tersebut telah pun mengambil tindakan terhadap page tersebut dan turut menasihatkan orang ramai untuk terus membuat laporan sekiranya terdapat jualan seperti ini lagi.

Screenshot 2022 08 10 at 2.49.11 PM

Selain itu, ada juga netizen yang mengingatkan orang ramai untuk terus membuat laporan sekiranya terjumpa benda-benda seperti ini kerana kadang-kadang terlalu banyak jualan yang dijual, pihak yang sepatutnya boleh terlepas pandang.

Min harap pihak berkuasa juga boleh siasat siapa dalang disebalik jualan ini supaya perkara yang sama tak berulang ke tempat lain. Benda-benda macam ni bukan boleh dibuat main. 

 

Baca: “Mantap, anjal, ketat” – Majlis Perbandaran Selayang Robohkan Billboard ‘Haram’, Ada Unsur Lucah?

Screenshot 2022 08 10 at 2.54.55 PM