in

“Happy anak saya, happy juga saya” – Nabila & Engku Emran Didakwa Bakal Berkahwin Hari Ini, Sharnaaz Doa Kebahagiaan Bekas Isteri

Jadi Ke Idok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, berderu kencang khabar angin yang mengatakan bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor dikatakan bakal bernikah dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Jumaat, hari ini.


Meskipun tiada kesahihan di sebalik spekulasi tersebut, Sharnaaz, 36, apabila diminta mengulas mengenai perkara tersebut berkata dia tiada hak untuk mengesahkan sama ada pernikahan itu benar berlaku ataupun tidak, lapor mStar.

Naz

Fasal Nabila nak kahwin esok ka, apa ka… Saya rasa wartawan zaman sekarang memang 90 peratus tepat (khabar angin Nabila bakal berkahwin). 

“Tapi saya tak boleh nak komen lebih fasal benda ini sebab saya bukan dalam position untuk bercakap atau memberi sebarang komen. 

“Tetapi jika betul benda itu (Nabila bakal berkahwin) itu dikeluarkan secara rasmi pada satu hari nanti, InsyaAllah saya sendiri akan keluarkan kenyataan sebab itu berkait juga dengan bakal jadi bapa tiri Jebat juga,” katanya.

Tambah Sharnaaz lagi, jika perkara tersebut benar, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Nabila bersama pasangannya.

“Saya hanya mendoakan kebahagiaan semua orang. Nabila ada hak untuk bahagia, so why not… semoga dia bahagia. 

“Kalau mereka gembira, gembiralah saya. Happy anak saya, happy juga saya,” katanya.

Terdahulu, Sharnaaz telah mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada pengacara Neelofa, Nabila pada 30 Mac 2017 dan kemudian disahkan bercerai pada 9 Julai tahun lalu secara hakam.

Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun.

Manakala Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Erra Fazira dan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Bagus Sharnaaz, sangat positif. Kita doakan yang baik-baik sajalah. 

Baca: “Saja bagi hint ni” – Engku Emran Muat Naik Gambar Bayangan Noor Nabila Sambil Buat Ayat Romantik

Emran

Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.