Baru-baru ini, pelakon Uqasha Senrose memfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli, sekali gus menarik perhatian ramai susulan kehadiran seorang individu yang dikenali sebagai ‘Coach Cerai’ yang menemaninya.
Terbaharu, kenyataan ‘Coach Cerai’ itu ketika tampil dalam sebuah podcast telah tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet.
@ikstudio.my “Segala galanya dalam hidup, the resisting called pattern recognition” @Cerai Coach • • • #ikstudio #podcastmalaysia #coachcerai #fyp #marriage
Artikel Berkaitan: Video Podcast Dengan ‘Coach Cerai’ Dimuat Naik Semula, Netizen Setuju Dengan Kenyataan Caprice
Artikel berkaitan: Kamal Adli Berani Junjung Al-Quran, Bersumpah Tidak Pernah P*kul Isteri
Ini kerana dalam video berdurasi lebih seminit itu, individu berkenaan mendakwa hanya memerlukan masa lima minit bersama sesuatu pasangan untuk menilai sama ada mereka berpotensi bahagia atau sebaliknya dalam satu-satu perkahwinan.
Kenyataan tersebut telah membuat ramai warganet terkejut kerana rata-rata tidak bersetuju dengan kenyataan ‘coach cerai’ itu.
Dalam masa yang sama, dia turut mengatakan perkara tersebut tidak selalu tepat kerana dia bukannya tuhan atau menilik nasib.
Namun menurutnya dalam kehidupan ini, ada suatu perkara yang dikenali sebagai ‘pattern recognition’ di mana kita boleh mengenal pola sesuatu perhubungan.
Apa pula pendapat anda?
Sumber: TikTok ikstudio.my, mStar
