Khairul Ikram Baharin, 47, berkata kedua-dua anak lelakinya itu adalah satu-satunya anak lelaki yang beliau miliki dan mereka sentiasa bersama ke mana sahaja, sama ada bermain di taman atau ketika hujan.
Menurut Khairul, anak bongsunya, Qayyum Shaqeel, 12, ditemui meninggal dunia malam tadi, manakala abangnya, Khalish Shahdan, 14, masih belum ditemui.
Artikel berkaitan: Dihanyutkan Kepala Air, Wanita M*ti Lemas Di Gua Musang
Artikel berkaitan: Hubungi Talian Kecemasan Tak Dijawab, Bayi Meninggal Dunia Akibat Lemas Semasa Lahirkan Di Rumah
Kedua-dua beradik berkenaan dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola yang terjatuh ke dalam longkang di Lorong 1/3A Taman Prima Saujana.
Qayyum ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi dia terjatuh namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Khairul berkata, sudah menjadi rutin anak-anaknya bermain di padang pada waktu petang, malah kedua-dua anak lelakinya itu aktif dalam pelbagai sukan termasuk bola sepak dan hoki.
“Mereka memang tak duduk rumah… sentiasa bersama bila bermain atau bersukan.
Mengulas kejadian, Khairul memaklumkan insiden itu disedari selepas seorang rakan anaknya yang terselamat datang ke rumah mereka petang semalam untuk memberitahu apa yang berlaku.
Sebelum kejadian dua anak saya sedang bermain bola bersama empat rakannya sebelum bola terjatuh ke dalam longkang.
Dia beritahu air longkang naik mendadak seolah-olah berlaku kepala air. Ketika itu mereka cuba mengambil bola itu sebelum dihanyutkan arus deras,” katanya.
Jenazah Qayyum kini menjalani proses bedah siasat di Hospital Kajang sebelum dibawa ke Masjid Prima Saujana untuk dimandikan dan dikebumikan.
Khairul turut berharap agar anak sulungnya, Khalish Shahdan, yang masih hilang, dapat ditemui secepat mungkin.
Sumber: Harian Metro
