in

“Hanya kursus, bukan akademi” – Kecoh Isu Nak Buka Akademi Roti Canai, Exco N9 Buka Mulut…

Pagea 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini pernah kecoh isu akademi khusus untuk memupuk kemahiran menebar roti canai yang dikatakan dalam fasa perancangan di Negeri Sembilan. Menurut pelbagai sumber, kenyataan itu dikeluarkan oleh Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Mohamed Taufek Abd Ghani.


Perkara tersebut telah tular di laman sosial di mana ramai netizen berbahagi pendapat berkenaan cadangan itu. Ada yang menyokong, namun ada juga yang mengecam dan membandingkan usaha itu dengan akademi lain di negara luar.

Terpanggil untuk menjawab isu tersebut, Datuk Mohamed Taufek tampil untuk menyatakan bahawa inisiatif ‘Akademi Roti Canai’ adalah tidak benar. Sebaliknya, beliau hanya mencadangkan kursus pendek membuat roti canai kepada pengurusan Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan.

Taufek Pjns2

Saya cuma mencadangkan kursus pendek, katalah dalam tiga bulan, boleh ditawarkan di kolej yang akan siap tak lama lagi di Kuala Pilah dan mendapat sambutan yang mengalakkan.

Rancangannya adalah untuk menawarkan program itu di hotel dan sekolah seni kulinarinya, dan bukannya menubuhkan akademi khas semata-mata untuk mengajar belia membuat roti canai.”

Mohamad Taufek turut menambah cadangan kursus itu dibuat adalah supaya kedai makan boleh mengambil lebih ramai pekerja tempatan dan bukannya pekerja asing. Mereka yang berminat untuk mengikuti program itu juga akan diajar asas kemahiran pengurusan perniagaan.

Roti Canai Roti Paratha Roti Prata

Saya diberitahu bahawa seorang pembuat roti canai boleh memperoleh antara RM2,000 dan RM3,000 sebulan, lebih-lebih lagi jika mereka boleh menghasilkan variasi yang inovatif”

Program tersebut akan dilaksanakan secara bersama oleh pejabatnya, Yayasan Negeri Sembilan, Pusat Pembangunan Belia Harapan (Tabah) Negeri dan Restoran Abang Terbang.

Bagus juga ada kursus macam ni, kan? Makin ramailah bakat baru menebar roti canai akan muncul lepas ni.

Baca: Rakyat Malaysia Terpegun Lihat Kebolehan Adik 7 Tahun Tebar Roti Canai Lebih 50 Keping Sehari

Capturev

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.