in

Hanya Kerana Lambat Datang, Lima Lelaki Pukul Penjual Aiskrim Dengan Topi Keledar Dan Loceng Besi

Page 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dahulu selalu saja kita dengar bunyi loceng pakcik penjual aiskrim akan lalu depan rumah setiap petang. Tapi zaman sekarang dah susah nak nampak penjual aiskrim yang tunggang motosikal ni. Penjual aiskrim selalunya akan disambut dengan gembira oleh pelanggan namun lain pula yang terjadi kepada seorang penjual aiskrim di Kuala Pilah ini.


Menurut Berita Harian, seorang lelaki penjual aiskrim warga Pakistan telah menerima beberapa jahitan di kepala selepas dibelasah oleh lima lelaki di pusat rekreasi Ulu Bendul. Lebih mengejutkan, penjual aiskrim tersebut khabarnya dipukul hanya kerana servisnya yang lambat.

Askjsl
gambar hiasan

Mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 40-an telah dipukul dengan teruk oleh sekumpulan lelaki berusia 22 hingga 30 tahun. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6:15 petang itu, mangsa dikatakan sedang meronda-ronda menggunakan motosikalnya untuk menjual aiskrim di sekitar kawasan berkenaan.

“Pada masa sama, kelima-lima suspek menaiki dua lori singgah di situ untuk mandi dan ternampak mangsa sedang menjual aiskrim di kawasan berdekatan lalu memanggilnya,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok.

Aq1 1
sumber: berita harian

“Namun, mangsa dikatakan lambat datang selepas dipanggil menyebabkan suspek berang dan memukulnya menggunakan topi keledar serta loceng besi sehingga mangsa cedera di kepala.”

Orang awam yang menyedari kejadian itu segera menghubungi pihak polis dan semua suspek kemudian berjaya ditangkap di sebuah kedai makan di Kampung Terusan Juasseh sejam kemudian.

“Lima lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah dan direman empat hari sehingga 17 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.”

Penjual aiskrim tersebut menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tuanku Ampuan Najihah.

Tetiba je nak belasah orang, dah kenapa….

Nota: Gambar atas kanan hanya sekadar untuk ilustrasi sahaja.

Baca: Sekumpulan Remaja Lelaki Belasah Gadis Hanya Kerana Terserempak Dengan Mereka

Asdds

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.