in

“Hanya beritahu meninggal sebab demam panas” – Ibu Masih Tak Tahu Surya Dibunuh, Tercari-Cari Mana Arwah

Feat2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah lima hari berlalu, namun keluarga masih tidak tergamak menceritakan punca sebenar kematian Siti Nur Surya Ismail, 19, kepada ibunya. Menurut Sinar Harian, Zaini Muda, 54, yang menghidap kanser otak itu masih tidak tahu arwah telah dibunuh dengan kejam dan sering bertanya tentangnya.



Surya5

Bapa arwah, Ismail Muda, 58, akui masih tidak sanggup menceritakan kejadian sebenar yang menimpa anak mereka setiap kali ditanya ke mana arwah pergi. Menurutnya, isterinya sering dilihat tercari-cari arwah yang sentiasa berada di sampingnya ketika hayatnya.

“Memang isteri melihat jenazah arwah buat kali terakhir sebelum dikebumikan tetapi disebabkan faktor kesihatannya, dia cepat lupa dan selalu bertanya di mana kakak (arwah).”

Surya7

Surya2

Jadi, setiap kali ditanya, saya akan beritahu kakak sudah meninggal di hospital sebab demam panas. Saya tidak sanggup cerita hal sebenar kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.”

Baca: “Awak rehat dgn tenang ye. Sampai masa giliran saya pulop” – Video Luahan Teman Lelaki Arwah Surya Menyentuh Hati

Featured3

Sumber: Facebook
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.