fbpx

in

“Tanggungjawab dan kewajipan saya untuk pohon kemaafan” – Ibu Suspek Luah Hasrat Nak Jumpa Keluarga Surya

Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu kepada suspek kes pembunuhan Siti Nur Surya ada menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan keluarga arwah. Tambah lagi mengenangkan Allahyarham dan anaknya merupakan rakan baik dan menyayangi antara satu sama lain.



Tak cukup dengan itu, ibu suspek ini juga turut memuji keperibadian arwah Surya yang merupakan seorang anak yang baik, taat kepada ibu bapa dan sangat menghormati orang tua.

Saya teringin sangat untuk pergi berjumpa sendiri dengan keluarga Allahyarham Surya. Mereka orang baik. Tanggungjawab dan kewajipan saya untuk pohon kemaafan atas segala yang berlaku.”
41604332913 Ismailmuda 1

Namun, buat masa sekarang ini urusan keluarga dengan pihak polis agak banyak dan dirinya juga masih dalam keadaan terkejut dan tertekan, lapor Awani.

Tambahan lagi bila dia menerima cemuhan, sindiran dan kata-kata yang tak elok didengar ke atas anaknya dan keluarga.

Sebagai seorang ibu, wanita ini juga tak sanggup melihat nasib anaknya seperti ini namun dia terpaksa akur dengan qada dan qadar.

Nz883 Hmfield Image Listing Featured V2.var 1604404572

Ibu ini juga redha sejak anaknya ditahan untuk membantu siasatan dan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menentukan nasib anaknya.

Sekarang ini saya serah kepada polis, tapi kak tetap berdoa.”

Jiran keluarga suspek turut meminta orang ramai untuk tak berkata sesuatu yang tak sepatutnya tambah lagi banyak tomahan yang dilihatnya agak keterlaluan dan tak benar.

Dia budak jenis jarang keluar rumah. Duduk di rumah saja kebiasaannya. Tak ada pula saya dengar dia pernah buat masalah apa. Tak sangka sungguh apa yang berlaku. Susah nak percaya.”

Kes pun masih dalam siasatan dan belum dibicarakan, jadi kita serah sahaja pada pihak berkuasa. Semoga Allahyarham Surya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

 

Baca: “Dia yang ajak pergi balai polis” – Ibu Suspek Bunuh Siti Surya Yakin Anak Tidak Bersalah

Suspek

Sumber: Awani
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top