Video kenangan bersama arwah Siti Surya Ismail yang dimuat naik oleh teman lelakinya telah menyentuh hati dan mengundang rasa sebak netizen. Menurut Harian Metro, video tersebut yang sehingga kini telah mendapat lebih 2.4juta tontonan di Instagram itu disunting oleh Muhammad Haikal Adnan, 19.
Berdurasi 2 minit 24 saat, video tersebut menunjukkan kenangan Muhammad Haikal dan Siti Surya ketika hayatnya serta turut memaparkan detik-detik arwah menjaga ibunya yang terlantar akibat kanser otak tahap tiga itu.
Lebih meruntun hati, video yang menunjukkan gelegat arwah Surya itu dimainkan dengan lagu ‘Kemarin’ nyanyian Seventeen kerana lirik lagu tersebut sangat tepat dengan situasi dialami Muhammad Haikal.
Selain itu, video tersebut turut menunjukkan rakaman ketika arwah dibawa ke tanah perkuburan serta detik arwah dikebumikan.
Terima kasih untuk segalanya. Awak rehat dengan tenang ye. Sampai masa giliran saya pulop (pula). Awak baik, ramai sayang awak, ramai datang tengok awak (dikebumikan).”
Semoga saing awk dpt balasan sepadan dgn die buat ni ?.”
Tonton video di bawah:
Ramai netizen yang menonton video tersebut mengucapkan takziah serta kata-kata semangat serta positif kepada Muhammad Haikal, apatah lagi menurut Harian Metro, mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan tahun depan.
Arwah Surya ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan putus pergelangan tangan di ruang tamu rumah keluarganya di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu pada jam 2.30 petang, Ahad lepas.
Susulan kejadian itu, polis telah menahan suspek berusia 19 tahun yang merupakan rakan mangsa bagi membantu siasatan. Suspek dipercayai terbabit dalam pembunuhan dan direman selama 7 hari sehingga Isnin depan.