in

Hanya Amalkan Diet Ini 2 Kali Seminggu Sahaja Kalau Nak Berat Badan Turun Dengan Cepat!

Kurus Badan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah banyak kali cuba nak kuruskan badan tapi tak menjadi-jadi?


Daripada bersenam hinggalah kepada menukar cara pemakanan dan berdiet, tapi tak ada satu pun yang berjaya berikan hasil yang korang nak?

Cuba korang cuba cara puasa secara berkala atau dipanggil intermitten fasting (IF) pula.

 

Berpuasa 16 jam atau 24 jam, dua kali seminggu

Menurut lelaki ini, cara IF ni memerlukan kita untuk berpuasa selama 16 jam atau 24 jam dan dibuat dua kali seminggu.Tapi bukan dengan cara berpuasa yang biasa kita buat tu.

Puasa cara IF ni sebenarnya ialah dengan tetapkan waktu untuk kita makan dan berhenti makan.

Mampu ke badan kita buat? Eh, macam tak logik je kan?

Cara Cepat Dan Sehat Turunkan Berat Badan
sumber: merdeka seo

 

Minum air atau minuman tanpa kalori selama 16 jam

Dikatakan kaedah berpuasa secara 16/8 adalah cara yang paling popular. Jadi, apa cara terbaik untuk buat kaedah 16/8 tu?

Korang cuma perlu berhenti makan pada pukul 8 malam.

Lepas tu minum air atau minuman tanpa kalori seperti teh O, kopi O atau teh hijau selama 16 jam.

Kemudian, korang makan dalam masa 8 jam antara pukul 12 tengah hari hingga 8 malam (8 hour eating window).

Dpwvsd3Uyaa R0Q.jpg Large
sumber: twitter

 

Pilih kaedah pemakanan IF yang bersesuaian

Haa, bila dah tau cara pemakanan IF barulah korang pilih kaedah pemakanan yang sesuai dengan kudrat dan badan korang tu.

Contohnya, kalau pilih cara EASY korang boleh makan apa saja dalam tempoh eating window.

Kalau MEDIUM, korang kena kawal pula jumlah kalori diambil.

Dpwvtv3Vsaanzcj
sumber: twitter

Bila korang dah pandai kira kalori dan kawal pemakanan sendiri, bolehlah tukar ke peringkat HARD iaitu kawal kalori dan makan makanan tinggi protein serta rendah karbohidrat.

Contohnya banyakkan makan daging dan ayam, kurangkan makan nasi dan mi.

Screen Shot 2015 05 14 At 11.47.58 Am
sumber: kinobody

 

Berat badan kurangkan lemak tanpa kehilangan otot

Dengan kaedah IF ni, berat badan kita secara tak langsung akan turun sebab kita bakar lemak tanpa hilangkan otot.

Dah tu dapat elakkan diabetes, kurangkan inflamasi yang akan jadi penyebab banyak penyakit serta kurangkan risiko dapat barah.

Otak pun jadi lebih cergas dan kajian mengatakan proses penuaan akan perlahan. Hebat!

Diet Kurus
sumber: pinterest

 

Teknik tak sesuai untuk semua orang

Tapi korang nak diet jangan sebarang diet. Kena faham, kaedah ni mengajar badan kita untuk bakar gula dalam badan (glikogen) lalu gunakan lemak dalam badan sebagai sumber tenaga.

Jadi teknik ni kurang sesuai untuk  semua orang.

Kalau korang wanita mengandung, pengidap kencing manis, kurang berat badan, menyusukan anak, ada eating disorder dan sebagainya, rujuk dulu pada doktor masing-masing.

Baca: “Dimalukan Cikgu PJK” – 10 Tricks Mudah Pemuda Berbadan Besar Ini Buat Untuk Berubah Jadi Jejaka Tampan

Gemukvskurus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.