Selalunya kalau kita nak ke sesebuah pulau, mesti kita akan beli tiket kapal terbang atau feri untuk menyeberang ke pulau tersebut. Namun, kalau anda nak ke pulau Daito di Jepun ini, pengunjung hanya boleh naik kren sahaja! Ya kren yang orang guna di tapak pembinaan tu!
Menurut Oddity Central, pulau kecil ini terletak di kepulauan Okinawa dan hanya cara ini dibenarkan untuk pengunjung atau barangan dibawa ke sini sebab pulau ini sebenarnya merupakan pulau batu karang. Difahamkan, telah lebih 50 tahun cara ini digunakan sebagai kaedah pengangkutan di situ.
大東島でのスリリングな乗下船方法! pic.twitter.com/rz5yVLr82e
— たぬきねこ (@JGXC4035370) June 22, 2021
Jadi, bot kecil perlu berhenti empat atau enam meter sebelum sampai di pulau dan kemudiannya, bot kecil akan diangkat ke pulau menggunakan kren. Manakala, pengunjung pula akan menaiki sebuah lif yang kemudiannya akan diangkat oleh kren.
Memang agak mencabar sikit lah cara ni tapi jangan risau, dijamin selamat. Kalau ada yang tertanya-tanya, kenapa dorang ni tak bina je macam dok kecil untuk bot kan? Rupa-rupanya bukan sengaja tak nak bina tapi individu yang bertanggungjawab mengurus syarikat kren itu iaitu Tomonori Miura menjelaskan bahawa,
Pembinaan dok yang kukuh agak susah dan perbelanjaannya pula boleh menelan kos yang agak tinggi,’ katanya.
Tomonori telah berkata sedemikian kepada laman web J-Town. Sebenarnya, ada satu lagi cara yang boleh digunakan untuk sampai ke pulau kecil ini iaitu dengan menaiki kapal terbang namun disebabkan cuaca yang tidak menentu, penerbangan pula hanya ada dua kali seminggu.
Menurut salah seorang pengunjung iaitu Tanuki Neko, memang lagi cepat sampai ke pulau tu dan baginya, pengalaman itu juga menyeronokkan.
Tapi, min rasa kalau korang akan gayat atau seram dengan tempat tinggi, baik korang naik kapal terbang je.
Sumber: Oddity Central, laman web J-Town