Baru-baru, rakyat Vietnam kongsikan berita gembira bahawa mereka telah bebas Coronavirus. Mesti rakyat dia berdisiplin, sebab tu kot senang nak bendung penularan wabak ni.
Kali ini, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern pula mengumumkan bahawa negara tersebut telah menang dalam peperangan melawan Covid-19, lapor New Straits Times. Hanya satu kes positif virus itu dilaporkan di negara tersebut pada Isnin lepas. Alhamdulillah.
New Zealand telah mula untuk menamatkan tempoh perintah berkurung mereka secara berperingkat. Menurutnya juga, tiada kes kluster baharu yang dilaporkan di negara itu.
Kami telah menang peperangan membendung virus ini.
Sebelum ini, negara terbabit telah melaksanakan sekatan pergerakan selama hampir lima minggu. Sepanjang tempoh tersebut, hanya perkhidmatan penting yang dibenarkan untuk beroperasi.
Kini, New Zealand masih lagi akan mengekalkan sekatan pergerakan di tahap tiga namun ianya akan dilonggarkan dengan pembukaan beberapa buah sekolah, perniagaan dan restoran takeaway.
Namun, Ardern juga mengingatkan semua rakyat bahawa tiada jaminan bahawa jangkitan boleh dihapuskan seratus peratus. Maknanya, mereka masih kena kena berhati-hati dalam kehidupan seharian.
Untuk rekod, kematian akibat kes Coronavirus di negara Kiwi itu hanyalah sebanyak 19 kes.
Sama-sama kita doakan lepas ni giliran negara kita pulak yang akan bebas Covid-19.
Baca: Wow! Tak Ada ‘Social Distancing’ Dah Di Hanoi, Rakyat Vietnam Kongsi Berita Mereka Bebas Covid-19