in

“Hantar guna parcel je” – Lelaki Dedah Proses Bagaimana Pawagam Dapat Filem Luar Negara Dari Distributor

Bagaiman Dapat Filem Dari Distributor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah sekian lama tidak beroperasi, akhirnya pawagam telah kembali dibuka kepada mereka yang lengkap vaksinasi pada 16 September lepas.


Ramai yang teruja meskipun berasa agak kecewa kerana filem yang dinanti-nantikan seperti Shang Chi, Black Widow dan beberapa filem terkenal belum lagi dapat ditayangkan di pawagam.

Bercakap tentang filem, korang tahu tak bagaimana proses sesebuah pawagam itu mendapat filem daripada distributor dan akhirnya ditayangkan di panggung wayang?

71604036559 Cinemahall

Menerusi perkongsian TikTok seorang projectionist bernama @kucailah di TikTok, prosesnya tidaklah susah namun tetap memerlukan kecekapan individu yang bertugas.

Melalui video itu @kucailah telah membuat sesi unboxing bagaimana dia menerima movie luar negara seperti Black Widow & Jungle Cruise yang bakal ditayangkan pada 23 September ini melalui penghantaran parcel.

Apabila dibuka parcel tersebut, kelihatan sebuah hard disk di mana filem-filem tersebut disimpan.

@kucailah

Mcm ni la cinema dpt cita dari distributor. #cinema #working #projectionist #nowyouknow #tiktokmalaysia #tiktokguru #fyp #fypシ

♬ Venom – Music From The Motion Picture – Eminem

Melalui hard disk tersebut, filem ini akan dipantulkan melalui projektor di dalam pawagam macam selalu yang kita tengok tulah kalau pergi panggung wayang. Wah dengar macam mudah je kan?? 

 

Boleh copy paste masuk dalam laptop sendiri tak? 

Video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang mana rata-rata sangat teruja dengan proses yang baru diketahui mereka itu.

Walau bagaimanapun antara soalan yang famous ditanyakan kepada @kucailah, boleh ke filem tu kita copy masuk dalam laptop sendiri? Aik kalau macam tu senanglah orang ‘pirate’ movie kan? 

Copy Masuk Movie

Namun menerusi satu lagi video yang dimuat naik pemilik TikTok ini, dia memberitahu hard disk tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tersendiri.

Mana-mana laptop pun tidak boleh mengesan isi kandungan hard disk tersebut kecuali server projector machine saja yang digunakan di pawagam.

Walaupun filem telah dimuat turun ke dalam server projector machine, filem itu katanya tetap tidak boleh dipasangkan kerana isi kandungan di dalam hard disk tersebut dalam keadaan lock.

Unboxing Dcp Movie

Untuk memainkan filem tersebut, mereka memerlukan key daripada pihak distributor yang akan diemelkan kepada pihak pawagam.

Key itu katanya mempunyai tempoh tertentu iaitu dari tarikh mula tayangan hinggalah ke tarikh akhir tayangan filem. Phew banyak juga prosesnya! Korang boleh tengok selebihnya kat bawah ni. 

@kucailah

Boleh atau tak? #cinema #working #projectionist #movie #nowyouknow #tiktokmalaysia #tiktokguru #fyp #fypシ

♬ Justin Bieber Type Pop R & B(808173) – Daisuke”D.I”Imai

 

“Selama 20 tahun layan movie kat cinema baru aku tau proses dia” 

Perkongsian lelaki ini telah mendapat pelbagai respon positif netizen yang gembira apabila mengetahui ilmu yang baru.

Yalah kan selama ni kita tengok movie je tapi kita tak tahu macam proses belakang tabir dalam mendapatkan filem ini ditayangkan di pawagam.

Kimens

Apa-apapun min dah tak sabar ni nak tengok movie Marvels dekat pawagam. Harap cepatlah movie menarik ditayangkan tak lama lagi. 

Baca: GSC Bakal Buka Pawagam 16 Sept Ni & Kongsikan Senarai Movie Yang Ditunggu Ramai!

Gsc

Sumber: Astro AWANI
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.