Ramai sedia maklum, setiap keluarga pasti mempunyai cara didikan tersendiri terhadap anak-anak mereka. Malah ramai juga yang perasan, cara didikan tegas yang dititikberatkan oleh pelawak terkenal, Johan dalam membentuk sahsiah anak-anaknya.
Baru-baru ini, tular sebuah video dari @kartseeni di TikTok memaparkan temu bual bersama pelawak terkenal, Johan atau nama sebenarnya, Mohamad Yazid Lim Mohd Aziz bersama isterinya, Rozlinawaty Ismail atau lebih dikenali sebagai Ozlyn.
Menerusi temu bual itu, pasangan berkenaan menjelaskan tindakan tegas yang diambil dalam mendidik anak-anak, termasuk keputusan menghantar anak kedua mereka, Ahmad Sodiq Hanania atau Sodiq ke rumah anak yatim bagi memberi kesedaran buatnya.
Artikel Berkaitan: “Nak off social media” – Dr Malar Santhi Sebak, Buat Permohonan Maaf Terbuka Terhadap Faiz Soul
Di dalam video tersebut, Ozlyn menyatakan sebab mereka menghantar Sodiq ke rumah anak yatim adalah kerana anak itu tidak suka berkongsi barangan atau makanannya dengan orang lain walaupun dengan adik beradik sendiri.
“Dia tak reti kongsi makanan dia. Dia tak suka sisa orang. Walaupun dengan adik beradik. Kalau ada orang pegang cawan dia, bagi dia cawan itu dah kotor dah” – kata Ozlyn di dalam sebuah temu bual
@kartseeni PART 1 IMPACT SELEPAS KELUAR DARI RUMAH ANAK2 YATIM. @borakseeni @JozlynnHanania_ #kartseenilah #borakseeni ♬ original sound – kartseeni – Kart SeeNI
Menurut pasangan ini, tindakan menghantar Sodiq ke rumah anak yatim itu membuahkan hasil apabila banyak impak positif yang diterima oleh mereka.
Johan berkata, selepas ditempatkan di rumah anak yatim, Sodiq mula menyedari betapa pentingnya berkongsi dengan orang lain, apabila dia mula membiasakan diri makan bersama-sama dengan penghuni di rumah anak yatim itu.
“Kita nak dia belajar rasa bersyukur dengan rezeki yang dia ada dan sentiasa merasa cukup dengan apa yang dia ada. Sebab di rumah anak yatim, mereka tiada mak dan bapa.”
Johan dan Ozlyn menegaskan bahawa mereka mahu anak-anak lebih menghargai ibu bapa serta sedar akan kelebihan yang dimiliki, berbeza dengan penghuni rumah anak yatim yang hidup tanpa pilihan kerana ketiadaan ibu dan bapa.
Cara didikan mereka ini menerima banyak pujian netizen dan dilihat sebagai didikan yang mampu membuka mata anak-anak tentang erti bersyukur.
Sumber: TikTok
