Sejak dunia mengalami pandemik wabak Covid-19, boleh dikatakan hampir semua institusi pekerjaan mengambil pendekatan dengan membenarkan pekerja mereka untuk bekerja secara hibrid ataupun working from home (WFH) demi mengelakkan penularan virus itu.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan ini sedikit sebanyak menjejaskan prestasi pekerja-pekerja kerana menurut sumber, ramai yang mengalami tekanan dengan lambakan kerja sejak tahun 2020 yang lalu.
Bukan itu saja, kajian mendapati bahawa sebanyak 44% pekerja mengalami tekanan yang melampau sewaktu hari bekerja dalam satu-satu masa. Malah, rantau Asia Selatan mempunyai kadar peratusan yang tertinggi kalau dibandingkan dengan benua yang lain.
“11% daripada mereka yang semangat nak datang kerja”
Menurut Laporan Keadaan Tempat Kerja Global 2022 yang ditulis menerusi portal Gallup, hanya sebanyak 11% dari jumlah pekerja di Asia Selatan yang betul-betul semangat untuk datang kerja dan tidak mengalami tekanan yang teruk.
Rata-rata pekerja di rantau itu juga berkata yang mereka merasakan kehidupan sekarang lebih teruk daripada sebelumnya malah menegaskan bahawa harapan untuk masa depan masing-masing semakin pudar.
Dari laporan yang sama, kajian turut menyatakan bahawa pekerja wanita yang bekerja di sekitar Amerika Syarikat dan juga Kanada merupakan golongan yang mencatatkan tahap tekanan paling tinggi di dalam dunia.
Min harap semua yang stres bekerja tu, mungkin boleh cari sesuatu untuk release tension korang ke kan?