in

[VIDEO] Pekerja Bengang Tak Boleh Masuk Pejabat Gara-Gara Pemilik Kereta ‘Parking’ Betul-Betul Depan Pintu

Kereta Parking Tempat Dilarang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

‘Common sense’ merupakan sesuatu yang perlu diterap dan diamalkan dalam diri setiap orang. Tak kiralah dekat mana kita pergi atau lawat, ‘common sense’ ni penting supaya kita memudahkan urusan orang lain dan dalam pada masa yang sama tak bebankan mereka. Korang setuju tak?


Sebenarnya, ramai antara kita yang kadang-kadang terlepas pandang perkara ni mungkin kerana sikap yang cuai, rasa diri ni selalu betul dan tak boleh terima teguran. Contoh ‘common sense’ yang selalu dipraktikkan adalah ucap terima kasih, bayar hutang orang secepat mungkin dan tak parking dekat tempat yang dilarang.

‘Owner’ kereta selamba parking depan pintu masuk pejabat

5 14

Baru-baru ini, seorang pekerja ada memuat naik satu video di TikToknya @miqailamarissa merakamkan sebuah kereta selamba parking betul-betul depan pintu masuk pejabat.

@miqailamarissa

bila owner kete otak kt siku#parking #parkinglot #otakkatlutut

♬ original sound – Bubih – Bubih

Ada sign dilarang meletak kenderaan, tapi tetap parking

6 9

Menerusi video tersebut, pekerja pejabat berkenaan kelihatan amat geram dan kecewa kerana menurutnya, sudah terdapat sign dilarang meletakkan kenderaan di hadapan pintu pejabat tetapi pemilik kenderaan itu hanya mengabaikan dan masih parking di situ sehingga menyusahkan orang lain.

Ketika pekerja terbabit cuba membuka pintu, ruang yang ada tak cukup untuk dia masuk kecuali jika pemilik kereta berkenaan mengalihkan kenderaan. Ni baru betul selfish!

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut rasa tak puas hati dan sama sekali tak menyokong perbuatan pemilik kereta berkenaan yang pentingkan diri sendiri.

3 18

Parking kereta tu janganlah sampai susahkan orang lain, takut nanti urusan mereka ni tergendala pula!

Baca: “Gara-gara Bayang-bayang Kereta Masuk Dalam Parking Kenderaan OKU, Lelaki Ini Didenda Sebanyak RM355”

4 12

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.